CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7576|Reply: 72

[Tempatan] Kes gangguan seksual doktor pelatih: Doktor digantung tugas dua bulan

[Copy link]
Post time 18-9-2018 02:09 PM | Show all posts |Read mode



KETUA Jabatan Ortopedik Hospital Sungai Buloh yang didakwa terbabit dengan kes gangguan seksual digantung daripada menjalankan tugas selama dua bulan bermula semalam, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, keputusan menggantung tugas ketua jabatan yang sebelum ini diarahkan untuk bercuti dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan.

“Kementerian Kesihatan akan memulakan siasatan dalamannya minggu hadapan dan laporan itu kemudian akan diserahkan kepada SPA untuk proses menamatkan perkhidmatan Ketua Jabatan itu.

“Bagaimanapun, beliau mempunyai hak untuk mempertahankan kedudukannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup bersama kakitangan jabatan di hospital berkenaan, hari ini.
ADVERTISING

Minggu lalu, sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan mengesyorkan ketua jabatan itu digantung tugas.

Dzulkefly dilaporkan sebagai berkata akan cuba untuk menyelesaikan perkara itu dengan sebaik mungkin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 12:30 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 02:11 PM | Show all posts
meols doakan agar semua mangsa diberikan keadilan yg setimpal atas pengalaman seram mereka tu. dan to that pervert pakcik, mohon sempat bertaubat sebelum anda menutup mata. mohon maaflah dekat org2 yg teraniaya sbb anda tu. mudah2an amalan anda diterima
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor berpangkat Dato, anak Tan Sri. Kenapa tak tulis nama dia. Kalau org pangkat bawahan tu hamboii dengan pic skali korang letak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:11 PM | Show all posts
betul ke beliau buat benda begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 18-9-2018 04:11 PM
betul ke beliau buat benda begitu?

Ya, dia sejak univ pun mmg playboy teruk. Kes dia ni sejak 2008/9 dulu lagi. Cuma sekarang baru nak amik tindakan. Dulu lepas sbb kabel besar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:17 PM | Show all posts
Knowlee replied at 18-9-2018 04:15 PM
Ya, dia sejak univ pun mmg playboy teruk. Kes dia ni sejak 2008/9 dulu lagi. Cuma sekarang baru na ...

encem sgt ke heshe sampai jadi playboya tu sejak uni?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2018 04:36 PM | Show all posts
Semoga semua mangsa Dr ni mendapat keadilan yang sabaiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:42 PM | Show all posts
Knowlee replied at 18-9-2018 04:15 PM
Ya, dia sejak univ pun mmg playboy teruk. Kes dia ni sejak 2008/9 dulu lagi. Cuma sekarang baru na ...

owh ye ke you?
i bersangka baik tadi konon2 difitnah.. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 04:49 PM | Show all posts
Knowlee replied at 18-9-2018 04:15 PM
Ya, dia sejak univ pun mmg playboy teruk. Kes dia ni sejak 2008/9 dulu lagi. Cuma sekarang baru na ...

sbb takde laporan camna nak ambik tindakan chuols?

ummah netizen mmg...suka viral viral tapi tak buat laporan so camna?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-9-2018 04:17 PM
encem sgt ke heshe sampai jadi playboya tu sejak uni?

huduh banga
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-9-2018 04:17 PM
encem sgt ke heshe sampai jadi playboya tu sejak uni?

Menurut org yg kenal heshe, takde la sgt pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 18-9-2018 04:42 PM
owh ye ke you?
i bersangka baik tadi konon2 difitnah.. haha

Kes dah lama. Org takut nak report sbb kena ugut. Nnt takde kerja, jenuh nak cari kerja. Ni baru ada yg berani keluarkan kat newspaper.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 18-9-2018 04:49 PM
sbb takde laporan camna nak ambik tindakan chuols?

ummah netizen mmg...suka viral viral tapi ta ...

Ya, orang taknak report atau dah report tapi didiamkan. Ni bila keluar open letter kat newspaper baru la menggelabah jamban.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:57 PM | Show all posts
Knowlee replied at 18-9-2018 04:55 PM
Kes dah lama. Org takut nak report sbb kena ugut. Nnt takde kerja, jenuh nak cari kerja. Ni baru a ...

sekarang kenapa tiba2 orang berani? kenapa baru sekarang?  apa yang triggered orang jadi berani? persoalan i la.. kalau u mampu jawap, u jawap la.. kalau tak u abaikan lah. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 18-9-2018 04:57 PM
sekarang kenapa tiba2 orang berani? kenapa baru sekarang?  apa yang triggered orang jadi berani? p ...

Kenapa sekarang? Sebab budak yg buat open letter tu berani nak buat. Yg sebelum ni tak berani, atau takde idea pasal open letter. Dia nak kena ada sorg yg lain drpd yg lain, baru kes jadi hype. So now, yg lain drpd yg lain tu datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 05:01 PM | Show all posts
Knowlee replied at 18-9-2018 04:59 PM
Kenapa sekarang? Sebab budak yg buat open letter tu berani nak buat. Yg sebelum ni tak berani, ata ...

owhhhh... make sense jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:08 PM | Show all posts
Knowlee replied at 18-9-2018 04:56 PM
Ya, orang taknak report atau dah report tapi didiamkan. Ni bila keluar open letter kat newspaper b ...

yg keluar kat news pasal si ****n ni pun mana ada theyol buat repot polis? repot kat papers je


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 18-9-2018 05:08 PM
yg keluar kat news pasal si ****n ni pun mana ada theyol buat repot polis? repot kat papers je

...

Ada. Dia dah buat last year tapi takde tindakan. Sebab tu dia terus buat open letter.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:26 PM | Show all posts
Macam kes dalam salah satu episode Grey's Anatomy season 14.. saja link kan cerita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055451 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list