Gegar Vaganza (GV) antara program hiburan yang dinanti-nantikan setiap tahun kerana ia menampilkan penyanyi otai yang pernah menggegarkan industri seni suara satu ketika dahulu. Selain penyanyi yang bergelar legenda, keletah Nabil dan Jihan yang tak kering gusi serta Tok Ram yang padu kritikannya, GV pasti tidak lengkap tanpa kelibat penaja utama iaitu Dato Seri Vida yang sentiasa 'merampas' mikrofon ketika slotnya turut memeriahkan lagi GV.
Namun, sejak terpalit dengan kontroversi hadiah aksesori yang tiada nilai yang dibongkarkan oleh Aisyah, Vida dilihat merajuk dengan program GV hingga setakat ini, pihak Astro masih belum mengadakan sidang akhbar GV5, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan yang ada penaja kosmetik lain yang menaja, betul ke?
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Google
Netizen berandaian dengan penarikan diri DSV dalam arena GV yang menonjolkan namanya, ada individu lain yang akan menggantikan tempatnya. Namun ia masih menjadi tanya kerana tiada lagi berita daripada pihak Astro.
Biarpun kali ini ia agak suam-suam kuku kerana pelbagai kontroversi, namun adalah mustahil tiada penaja bagi program segah GV, maklumlah dikhabarkan pertandingan akhir tahun lepas, ratingnya mencecah 4 juta tontonan. Jadi, siapakah yang akan menjadi penaja tahun ini?
Biarpun begitu, desas-desus kuat menyatakan Dato Aliff Syukri adalah orangnya yang bakal menggantikan tempat DSV sebagai penaja utama. Segelintir netizen berpendapat, Aliff Syukri ataupun dipanggil DTL (Dato Terlajak Laris) lebih menjengkelkan berbanding DSV. Ini kerana Aliff membawa pendekatan LGBT yang sebenarnya akan lebih menyuburkan lagi gejala tidak sihat ini. Adakah rakan baiknya, Sajat akan muncul dalam mana-mana episod nanti?
Kredit foto: IG Aliff
"Adabi, KFC dan Digi pernah sponsor ya. Aku lagi rela kamera zoom in zoom out bucket KFC untuk 3 minit bagi mengisi slot penaja daripada nak hadap DTL yang try hard jadi meriah selama 3 minit."
Apa pun, kita nantikan petang yang bersejarah ini kerana akhirnya pihak Astro akan mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan barisan mereka yang terlibat dalam GV5 ini. - CARI |