Kredit foto: Otad Al Miko dan google
Rakyat Malaysia memang ramai yang suka makan pedas. Bagi sesetengah orang, sesuatu masakan itu tidak sedap dan berasa tawar jika tidak ada rasa pedas. Sehingga begitu sekali tahap deria rasa bagi orang yang sangat sukakan makanan pedas. Sebenarnya, selalu makan makanan pedas dengan kepedasan yang terlampau boleh menjejaskan kesihatan terutamanya pada bahagian usus kita.
Seorang pengguna Facebook telah menaikkan status tentang kisah benar yang berlaku kepada isterinya. Isterinya telah mengalami luka kecil pada usus akibat gemar makan makanan pedas terutamanya mee ramen Korea yang tersohor akan kepedasan rencahnya. Walaupun kejadian tersebut sudah tiga tahun berlalu, dia terpanggil untuk berkongsi kisah isterinya agar menjadi pengajaran kepada penggemar mee ramen lebih-lebih lagi melihat begitu ramai yang gemar mencabar diri dan berbangga kerana mampu menahan kepedasannya.
Mee ramen yang sangat pedas!
Takut dah nak makan mee ramen pedas
Ada netizen yang sudah mula takut dan risau setelah membaca status lelaki ini. Ini kerana, dia bukan setakat memasukkan rencah mee ramen itu sahaja sahaja tetapi turut menambah lada hitam bagi menambah kepedasan. Kalau sudah begitu gayanya, memang patut berasa takut kerana kemungkinan akan berlaku luka pada usus suatu hari nanti.
Sanggup cabar diri menahan pedas
Bagi netizen yang pernah merasa mee ramen itu mengakui yang ianya sangat pedas dan serik untuk memakannya kerana tidak dapat menahan kepedasannya. Tetapi, ada orang yang sanggup bertahan walaupun sudah terkeluar air mata menahan pedas. Malah turut berasa bangga apabila dapat menghabiskan sebungkus mee ramen pedas tersebut.
Baik elak kerana sangat bahaya
Rupanya ada netizen yang pernah mendengar kisah tentang bahaya memakan mee ramen yang sangat pedas itu. Sudah ramai yang menderita kerana luka pada usus akibat suka makan pedas. Jadi, lebih baik beringat sebelum kena.
Walau apapun makanan yang kalian makan, berpada-padalah. Walau sedap macam mana sekalipun makanan yang dimakan tetapi jika ia boleh memudaratkan kesihatan, lebih baik kalian berjaga-jaga dan berhenti terus dari memakannya. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? - CARI |