View: 5474|Reply: 52
|
[Tempatan]
Ibu tunggal berdepan hukuman sebat.
[Copy link]
|
|
PENCANTING batik sambilan (tengah) selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.
IBU tunggal berdepan hukuman sebatan syariah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri, di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di Kuala Terengganu, hari ini.
Tertuduh berusia 30 tahun itu kekal dengan pengakuan bersalah selepas pertuduhan kali kedua mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Rosdi Harun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pencanting batik sambilan itu didakwa melakukan kesalahan itu di hotel di bandar raya bersama seorang pelanggan pada 17 September antara 11.20 malam hingga 11.45 malam.
Bagi kesalahan itu wanita yang berasal dari Klang, Selangor itu berdepan hukuman didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Sejurus pengakuan salah direkodkan, mahkamah menetapkan 27 September ini sebagai tarikh jatuh hukum dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin.
Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Terengganu, Khasmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan dalam serbuan penguatkuasa syariah daerah di bilik hotel berkenaan dan melakukan rampasan terhadap 11 barangan yang disahkan milik wanita itu termasuk kondom, minyak pelincir, coli dan seluar dalam.
Difahamkan, tertuduh juga menerima bayaran RM100 daripada pelanggan untuk melakukan perbuatan itu pada hari sama ketika ditahan.
Dalam prosiding itu, tertuduh mengakui terpaksa melakukan perbuatan itu kerana memerlukan wang untuk menyara kehidupannya dan anak perempuan berusia tujuh tahun yang dijaga oleh kakaknya di Klang, Selangor bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Hakim Syarie.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...-hukuman-sebat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
laa.. ko hantar duit hasil keje camtu ke utk bg anak ko makan |
|
|
|
|
|
|
|
minyak pelincir?
itu KY Jelly la. It is water based. Gila ko nak guna minyak pelincir nak suruh cair condom gentah tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok disebat dikhalayak ramai... bukan shj undang2 shariah, undang2 sivil pun termaktub perbuatan melacur/persundalan tu SALAH |
|
|
|
|
|
|
|
hukuman yang kejam.
sepatutnya dia diberi pendidikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau gi kerja kilang pun berlambak kat PJ tu....tak payah gi jauh sampai trengganu semata mata nak mengangkang....
Klu betul nk mengangkang, kat klang pun ramai bangla nepal & mynmar yg layan kau..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 23-9-2018 11:05 PM
Mana bapaknya tak bagi Wang Sara anak sampai Bini kena lacur. Mana bantuan2 utk ibu tunggal |
|
|
|
|
|
|
|
pelanggan tu x kena ke? sama2 sedap sorang je kena |
|
|
|
|
|
|
|
PEPPERMAN replied at 23-9-2018 10:59 PM
hukuman yang kejam.
sepatutnya dia diberi pendidikan.
Tak kejam pun, lebih kpd mendidik. Dah tengok mcm mana hukuman sebat syariah? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MarryPottet at 23-9-2018 11:17 PM
hat jantannya awat tak kena hukum sama? gender discrimination nampak! atau beliau non muslim? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pun ada, tak faham pun ada. Kesian sebab kita pun tak tahu keadaan sebenar dia sehingga dia memilih untuk buat kerja ni. Tak faham sebab boleh je buat keje lain untuk dapatkan duit like jual nasi lemak ke, kuih ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgkla org bawah.
Ade pnah nmpk pmpn down sydrome keje kt kdai makan..skali pn dia OKU,tapi dia tk melacur cm ibu tunggal yg org normal bagai... memalukan aja..ada otak letak kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya smpai tpksa melacur
Mana bapak anaknya tak bg nafkah ke
Harap ada yg bantu dia dptkan pekerjaan yg elok lepas ni
X perlula melacur
Nanti sakit kemaluan tu bru tau nyesal |
|
|
|
|
|
|
|
dia melacur pun tu badan dia..
tak menyusahkan orang lain pun..
dari sibuk nak sebat dia, baik sebat jantan yang tabur benih tapi tak bagi nafkah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 24-9-2018 12:39 AM
dia melacur pun tu badan dia..
tak menyusahkan orang lain pun..
dari sibuk nak sebat dia, baik seb ...
Agreed sesangat. |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet replied at 23-9-2018 11:13 PM
hat jantannya awat tak kena hukum sama? gender discrimination nampak! atau beliau non muslim?
nak tau menda yang sama jugak... sebab selalu sangat perempuan je kena... lelaki bebas bergentayangan... same goes to buang baby... si ibu je yang kena padahal penyumbang benih tu la yang kena heret awal2 lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 24-9-2018 12:39 AM
dia melacur pun tu badan dia..
tak menyusahkan orang lain pun..
dari sibuk nak sebat dia, baik seb ...
setuju sangat. kita ni asyik nak focus kan sebat dekat salah orng tu. cuba sebat orang yg buat salah kat org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebat syariah bukan sakit pon.. silap2 depa dok gelak uishh pasni boleh buat lagi takde hal la, mcm slap on the wrist je |
|
|
|
|
|
|
| |
|