Catriona Ross (Cat) dikenali sebagai pelakon peramah sama ada sesama artis mahupun dengan pengikutnya di media sosial. Namun, ramai yang tidak mengetahui Cat juga sebenarnya mempunyai sifat humor dan gila-gila.
Bagi tidak menghampakan permintaan rakan-rakannya yang meminta Cat beraksi vogue, pelakon kacukan Melayu-Scottish ini akhirnya memuat naik gambarnya mencekak pinggang beserta dengan postur badan dan muka ala supermodel.
Kapsyennya juga mengundang tanya iaitu aksi siapakah yang ditirunya itu?
Kredit foto: Instagram
Tyra Banks - Carian Internet
Bagaimanapun, bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan seni tanah air, pastinya dapat meneka gaya ala supermodel ini. Biarpun berbadan gempal, namun ia tidak menjadi halangan buatnya untuk tampil penuh yakin dengan pose ini. Ternyata dia berjaya 'membawa' pose maut ini. Siapa lagi kalau bukan pengacara yang makin diperkatakan, Sherry Al Hadad.
Malahan, gaya trademark Sherry itu turut dilakukan oleh pelbagai selebriti tatkala mereka dipadankan dalam beberapa program.
Kredit foto: Instagram
Jika Sherry mempopularkan pose supermodel dengan penuh keyakinan, artis lain juga patut mencipta 'trademark' sendiri. Jadi, pose artis mana yang anda paling suka? - CARI
|