CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7625|Reply: 25

Nak Buat Prank Tapi Kenapa Lelaki Ni Cantik Sangat Kalahkan Perempuan?

[Copy link]
Post time 18-10-2018 12:46 PM | Show all posts |Read mode





Kehidupan kita  akan menjadi sunyi, hambar dan bosan tanpa rakan-rakan dan orang sekeliling. Untuk mewujudkan kegembiraan dan keceriaan antara satu sama lain, sekali sekala perlulah berhibur dalam bentuk hiburan yang dibenarkan. Salah satu cara yang sudah menjadi trend ialah membuat prank. Prank atau kejutan sering dilakukan ketika ingin meraikan sesuatu contohnya hari lahir atau sekadar untuk bergurau dengan teman-teman rapat.


Seorang pengguna twitter ini telah memuat naik status dan gambar rakannya yang cuba berlakon untuk membuat prank kepada seorang rakannya yang lain. Rakannya yang merupakan seorang lelaki itu  telah menyamar menjadi seorang perempuan yang bertudung dan tidur disebelah rakan lelaki yang ingin dikenakan itu. Lucunya, lagak lelaki yang berpakaian seperti perempuan itu tidak ubah seperti perempuan tulen dan menarik perhatian ramai netizen yang melihat.





Amboi, seronok ke tidur sebelah 'perempuan' tu?

Tengah tunggu, bila nak bangun tidur ni?






Mati-mati ingatkan perempuan


Ramai netizen yang pada mulanya beranggapan ‘wanita’ didalam gambar itu seorang perempuan tulen dan tidak menyangka ia sebenarnya seorang lelaki. Jika status twitter lelaki ini tidak memberitahu dia sebenarnya sedang berlakon untuk membuat prank, pasti ramai yang akan mengatakan dia seorang perempuan dan akan menimbulkan salah faham. Netizen masing-masing terhibur!






Netizen wanita cemburu kenapa dia lagi cantik?

Kelakar juga apabila ramai netizen wanita yang cemburu dan berasa tergugat dengan kecantikan lelaki tersebut mengenakan tudung kepala. Netizen turut kagum kerana dia pandai memakai tudung bawal dengan begitu kemas. Maklumlah, tudung bawal agak leceh dipakai dan kaum wanita sendiri ada yang tidak mampu memakai tudung bawal dengan kemas dan terbentuk dengan elok di bahagian muka.









Agak-agaknya, apa yang terjadi kepada rakan lelaki yang cuba di ‘prank’ itu? Pasti terkejut apabila tiba-tiba melihat ada seorang perempuan yang sedang tidur disebelahnya dalam satu bilik. Apa-apa pun, tidak salah sekadar untuk bergurau dengan rakan-rakan tetapi janganlah pula terlalu melampau. Nanti lain pula jadinya. Asalnya ingin bergurau tetapi berakhir dengan perbalahan. Setuju tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
helok juga hidung terletak. tak jambi air seperti kebanyakan playboya jdt. heols tidur dengan soket extension tu napa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa... ingatkn ponpuan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 02:00 PM | Show all posts
mula mula masuk thread ni mek was like ''ehh kenapa pulak ada gambar perempuan tidur'' tengok balik tajuk takut tersalah masuk thread..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 02:39 PM | Show all posts
Gengaman tangahnya tu mengesahkan dia lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 05:24 PM | Show all posts
hahaah lawa!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2018 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok gambar memang ingatkan perempuan. Pasti dia ni lelaki yang kacak
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar mengiring tu betol2 nampak perempuan..cantik pulak 2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang replied at 18-10-2018 09:49 PM
Tengok gambar memang ingatkan perempuan. Pasti dia ni lelaki yang kacak

Sajat pon cantikkk chuolls..kacak kah she? Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 18-10-2018 09:54 PM
Sajat pon cantikkk chuolls..kacak kah she? Hahaha

Pada akak sajat kacak juga tu yang akak sedih dia terpesong jauh. Kalau berniaga sebagai lelaki tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Heshe nk prank apa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:02 AM | Show all posts
sebijik macam perempuan..elok lawa kulitnya pon
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:08 AM | Show all posts
2x bace cerita ni pasal tak paham sape yg nak di prank sebenarnye.... hehehehe.... yg bertudung ni la yg tak tulen kan....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:46 AM | Show all posts
hehehe sabor jelh
gelabah member bangun tido nmpk pompuan kt sblh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:08 AM | Show all posts
fox pun ingat dia ni perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:27 AM | Show all posts
Tengah tido tu sebijik pompuan.
Tengah duduk mengadap member tu nampak la kelelakiannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang replied at 18-10-2018 10:29 PM
Pada akak sajat kacak juga tu yang akak sedih dia terpesong jauh. Kalau berniaga sebagai lelaki ta ...

She khunsa la kaka..bukan lelaki,bukan perempuan...jadi she amik jalan tengah,penampilan pompan tapi suara,muka jantan..gituhhh *sarcasm
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 02:55 PM | Show all posts
oh, bukan perempuan rupa nya awek tu?
siap dgn getah rambut kat tangan

lawa la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 02:56 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 18-10-2018 02:39 PM
Gengaman tangahnya tu mengesahkan dia lelaki

ye.
tu je nmpk urat2 veins kat tgn
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 04:32 PM | Show all posts
teringin lak nk tengok budak ni versi lelaki tulen.. se-hensem lelaki ke se-ayu lelaki
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065732 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list