Sudah lama tidak mendengar perkembangan terkini mengenai pelakon Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Binti Nazaruddin yang baru sahaja menimang cahaya mata keempat pada penghujung bulan Julai yang lalu.
Semalam, Lisdawati telah memuat naik foto bersama anak tirinya, Hanna Faresha di majlis graduasi yang berlangsung di Setia City Convention Centre beberapa hari yang lepas.
"Tahniah sayang @hannafaresha. Mama sentiasa doakan terbaik untuk semua anak-anak mama. Semoga tercapai impianmu nanti," tulis Lisdawati pada kapsyen gambar tersebut.
Foto: Instagram Lisdawati
Gambar tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah dan sempat memuji kecantikan Hanna yang baru sahaja berusia 19 tahun itu.
Foto : Instagram Lisdawati
Ada juga komen yang secara berseloroh bertanyakan pada Lisdawati sekiranya wanita berusia 39 tahun itu sudi menjadikannya sebagai menantu. Amboi!
Foto : Instagram Lisdawati
Hanna merupakan anak hasil perkahwinan Fauzi Nawawi bersama bekas isterinya sebelum berkahwin dengan Lisdawati. Sebelum ini Hana pernah mencuri tumpuan ramai apabila dia mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh 10A dalam SPM.
Foto : Instagram Hanna Delisha
Bukan sahaja cantik, malah bijak orangnya. Tahniah kami ucapkan kepada Hana dan semoga terus berjaya untuk peringkat yang seterusnya. -CARI |