Wanita berusia 43 tahun sanggup menelan pelbagai jenis pil dalam cubaan membunuh diri selepas kecewa cintanya dipermainkan.
Kredit foto: Dayak Daily
Memetik Berita Harian, kejadian itu berlaku di Jalan Kubong, Limbang, pada jam 1.30 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai mengesahkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang menyedari perbuatan mencurigakan wanita berkenaan dalam Perodua Myvi.
Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati wanita terbabit dalam keadaan separuh sedar dipercayai akibat pengaruh ubat yang ditelannya itu.
Malah, polis menghadapi sedikit kesukaran kerana wanita terbabit mengunci pintu kereta menyebabkan polis dan bomba terpaksa memujuknya selama beberapa minit.
Kredit foto: Kamek Miak Sarawak
“Siasatan awal mendapati wanita terbabit bertindak sedemikian kerana kecewa selepas mengetahui teman lelakinya sudah berkahwin.
“Selepas berjaya dipujuk, wanita terbabit dihantar ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Hasil pemeriksaan mendapati wanita berkenaan mengambil ubat sakit mental dan penahan sakit berdasarkan penemuan paket ubat dari hospital dan klinik swasta. - CARI |