Terkedu Dibuatnya, Anak-Anak Amelina Tanya Kisah Lama
Sejak menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5), nama Amelina meletup-letup kembali.
Bagaimanapun penyanyi ini terkejut bila kisah-kisah lamanya disebarkan kembali.
Katanya artikel berkenaan dirinya disedari oleh anak-anaknya tyang kemudian bertanyakan tentang kesahihan cerita tersebut.
"Terkedu sekejap bila salah seorang anak mengirimkan whatsapp artikel mengenai saya. Saya tak tahu nak jawab macam mana, nak respon apa. Lama saya diam sebelum membalas simbol senyum, ketawa dan muntah hijau sahajalah.
"Bila masuk GV5 ni banyak pula artikel mengenai saya di internet. Kisah lama, gosip dulu-dulu habis keluar semula."
Amelina atau mesra dipanggil Kak Long ini mengakui yang dia mengambil masa yang lama untuk menjelaskan dirinya yang sebenar.
Amelina dan Reduan berkahwin pada 20 Mei 1999 dan sejak berkahwin, dia menghilangkan diri daripada dunia hiburan.
Bagaimanapun pasangan yang telah dikurniakan enam orang anak ini telah bercerai pada 2014.
Sebelum ini Amelina hanya menghabiskan masa sebagai ibu yang menjaga mereka setiap hari.
"Sebelum ini lama juga saya ambil masa untuk jelaskan kepada anak-anak siapa diri saya yang sebenar. Amelina yang mereka kenal cuma seorang ibu, tak bekerja dan menjaga mereka setiap hari.
"Kantoinya apabila mereka terlihat video saya di youtube, gambar-gambar di internet. Susah nak jelaskan masa itu tapi bila saya buat kembali barulah mereka faham situasi dan keadaan," ujarnya.
"Sebenarnya sampai sekarang pun ada ketikanya mereka masih belum faham seratus peratus tapi Alhamdulillah kakaknya anak sulung saya sudah berusia 17 tahun dan boleh cuba fahamkan adik-adiknya." -CARI
|