CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16766|Reply: 44

10 Permainan Video (Nintendo) Yang Menjadi Nostalgia Anak Kelahiran 80an

[Copy link]
Post time 17-11-2018 09:06 PM | Show all posts |Read mode


Senarai ini adalah berdasarkan pendapat peribadi penulis. Zaman kanak-kanak adalah zaman paling gembira buat semua kerana tiada komitmen. Bebanan paling teruk adalah kerja rumah.

Permainan video (game) menceriakan hari penulis semasa kecil dahulu. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan dan menjadi memori indah. Nostalgia sungguh!



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2018 09:06 PM | Show all posts
10. Bomberman (1983)


Bomberman atau Dyna Blaster di Eropah atau sebuah francais video game konsol yang berkonsepkan strategi dan maze yang dibangunkan oleh Hudson Soft, namun kini dimiliki oleh Konami.

Versi game asal Bomberman mula berada di pasaran pada tahun 1983 dan sentiasa dikemas kini hampir setiap tahun. Kini, Bomberman dipaparkan di dalam lebih 70 game dalam platform yang berlainan, dan turut dijadikan manga dan anime.


9. Ice Climber (1985)



Ice Climber adalah sebuah permainan video dengan platform menegak yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo untuk Family Computer di Jepun dan NES di Amerika Utara pada tahun 1985. Dalam game ini, 2 watak iaitu Popo dan Nana, keduanya dikenali sebagai Ice Climbers, mengembara ke 32 gunung bersalji bagi mendapatkan kembali sayur yang dicuri oleh seekor burung gergasi.


8. Galaxian (1979)



Galaxian adalah sebuah game arked yang dihasilkan oleh Namco dan dikeluarkan ke pasaran pada Oktober 1979. Game ini diterbitkan oleh Namco di Jepun dan diimport ke Amerika Utara oleh Midway Disember tahun sama. Ketika pertama kali dikeluarkan, game ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan menjadi popular dalam kalangan remaja. Namco kemudiannya mengeluarkan sekuel iaitu Galaga pada tahun 1981, 1984 dan 1987.


7. Excitebike (1984)



Excitebike atau Ekisaitobaiku dalam bahasa Jepun adalah sebuah francais permainan video yang dihasilkan oleh Nintendo. Game ini pertama kali dilancarkan pada tahun 1984 untuk Famicom, dan tahun berikutnya ia dikeluarkan sebagai game NES. Excitebike mempunyai sekuel iaitu Excitebike 64.


6. Donkey Kong (1981)



Donkey Kong adalah siri permainan video ini dihasilkan oleh Shigeru Miyamoto pada tahun 1981. Ramai tidak tahu bahawa game ini turut memaparkan watak Mario, iaitu watak utama yang penting dalam permainan video Super Mario Bros. yang dikeluarkan 4 tahun kemudian. Game ini juga adalah game jenis side-scrolling.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2018 09:06 PM | Show all posts
5. Teenage Mutant Ninja Turtles (1989)



Teenage Mutant Ninja Turtles adalah game jenis side-scrolling yang dikeluarkan oleh Konami pada tahun 1989 sebagai permainan video arked yang menggunakan syiling. Game ini adalah berdasarkan siri animasi pertama Teenage Mutant Ninja Turtles yang mula ditayangkan pada musim sejuk 1987. Game versi rumah dikeluarkan pelbagai platform lain termasuklah NES.

4. Mappy (1983)



Mappy adalah sebuah game arked keluaran Namco. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1983, Mappy diedarkan ke Amerika Syarikat oleh Bally/Midway. Mappy adalah sebuah game jenis side-scrolling (gerakan sisi) yang memaparkan binatang kartun seperti kucing dan tikus. Watak utama game ini adalah seekor tikus, iaitu Mappy.


3. Adventure Island (1986)



Turut dikenali sebagai Hudson's Adventure Island, permainan video ini dihasilkan oleh Hudson Soft dan pertama kali dikeluarkan di Jepun untuk Famicom dan MSX pada 12 September 1986. Game ini kemudiannya dikeluarkan ke pasaran Amerika Utara untuk NES pada tahun 1988.


2. Contra (1987)



Permainan video ini adalah antara game paling legend pada zaman 1990an. Di Eropah dan Oceania, Contra dikenali sebagai Gryzor. Contra adalah sebuah game yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Konami pada 20 Februari 1987 sebagai permainan arked.

Versi permainan di rumah pula dikeluarkan oleh NES pada tahun 1988, bersama dengan game dalam format komputer, termasuklah MSX2.


1. Super Mario Bros. (1985)



Super Mario Bros adalah sebuah platfrom permainan video konsol yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo untuk Nintendo Entertainment system (NES).

Super Mario Bros. dikeluarkan ke pasaran Jepun dan Amerika Utara pada tahun 1985 sebagai game versi baharu kepada original Mario Bros yang dikeluarkan 2 tahun sebelumnya.

Kerana mendapat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, game ini turut berada di pasaran Eropah dan Australia pada tahun 1987.

Plot game ini melibatkan perjalanan 2 watak utama iaitu Mario dan adiknya Luigi di dalam Mushroom Kingdom. Objektif utama mereka adalah untuk menyelamatkan Princess Toadstool daripada seekor watak antagonis, iaitu Bowser.



Lain-Lain Video Game Nostalgia





Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya best namampus!

Aiol takleh lupa hidung kembang kempish bangga abeskan game Contra berseorangan di derjah 5 ka 6 gitu tak ingat, tapi yang penting aiol HABISKAN SUNDRI, yeay!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2018 09:33 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-11-2018 09:26 PM
Semuanya best namampus!

Aiol takleh lupa hidung kembang kempish bangga abeskan game Contra berseo ...

tahniah kak
aku tk penah abiskan game tu. satu2nya yg berjaya cuma super mario
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
leblues replied at 17-11-2018 09:33 PM
tahniah kak
aku tk penah abiskan game tu. satu2nya yg berjaya cuma super mario

Ekceli aiol boleh sampai level last tu pon sebab partner dengan pakcik yang dah sekolah menengah masa tu. Tapi bila heols balik asrama, aiol la yang berjuang sundri abiskan game tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-11-2018 09:37 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-11-2018 09:35 PM
Ekceli aiol boleh sampai level last tu pon sebab partner dengan pakcik yang dah sekolah menengah m ...

kira akak yg berjaya abiskan kan?
susah tak?

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
leblues replied at 17-11-2018 09:37 PM
kira akak yg berjaya abiskan kan?
susah tak?

Susah gak but ntah cemana aiol terer jah kalahkan bos masa tu. Mati ntah berapa kali baru at last berjaya kiokkan bos.

Sekarang, segala skill gaming dah tumpul. Dah lebih 10 tahun tak main game. Huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2018 09:44 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-11-2018 09:42 PM
Susah gak but ntah cemana aiol terer jah kalahkan bos masa tu. Mati ntah berapa kali baru at last  ...

ok la tu. sekurang2nya akak penah abiskan salah satu game lejen
aku tk penah berjaya pun wpun siang malam hadap benda alah tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
The only game yang aiol berjaya lawan suma bos tanpa kiok dan tanpa cheat hadelah Kingdom Hearts 2. Oh, kecuali bos akhir si Xemnas lahanat tu. Yang tu aiol carik cheat sebab nyampah asyik mati jah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
leblues replied at 17-11-2018 09:44 PM
ok la tu. sekurang2nya akak penah abiskan salah satu game lejen
aku tk penah berjaya pun wpun s ...

Game yang ai tingin habiskan adelah Ice Climber. Tapi memang tak mampu di masa tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2018 09:50 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-11-2018 09:47 PM
Game yang ai tingin habiskan adelah Ice Climber. Tapi memang tak mampu di masa tu.

penah main tapi ingat2 lupa
ni panguin kan kak?

kuib ais tu naik atas?
ntah, dah lupa
nk tgk utube data kong
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
leblues replied at 17-11-2018 09:50 PM
penah main tapi ingat2 lupa
ni panguin kan kak?


Yah dek. Penguin yang tak habis2 nak naik atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-11-2018 09:26 PM
Semuanya best namampus!

Aiol takleh lupa hidung kembang kempish bangga abeskan game Contra berseo ...

Tenkiu Mod bagi tacang. ^____^
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
7 dr 10 game kat atas tu iols penah main.. Betapa kertunya rasa.. Syoknya game dlu2.. Gigih dok abiskan level walau byk halangan.. Skang ni kalau install game kat fon, x lepas level je terus give up uninstall

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 01:34 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-11-2018 10:22 PM
Tenkiu Mod bagi tacang. ^____^

game zaman ni grafiknya nmpak je bodo tapi nak abiskan 1 level pun isap gam. no 8 cthnya nmpak mcm senang tapi sapa penah abiskan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2018 01:35 AM | Show all posts
harkktuih replied at 18-11-2018 01:00 AM
7 dr 10 game kat atas tu iols penah main.. Betapa kertunya rasa.. Syoknya game dlu2.. Gigih dok abis ...

wpun rasa kertu tapi tetap berbisa
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 18-11-2018 01:34 AM
game zaman ni grafiknya nmpak je bodo tapi nak abiskan 1 level pun isap gam. no 8 cthnya nmpak mcm ...

Khen, hahahaha.

Rindu pulok game oldies ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 02:07 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 18-11-2018 01:59 AM
Khen, hahahaha.

Rindu pulok game oldies ni.

tv pun makan penendang sbb geram punya pasal
katrij tu usah cita, relai abih kena baling ke dinding

rindu... mmg rindu zaman2 ni
pinjam ayat salah sorang porumer
Short moments but they made me very happy



Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindunya. Semua game ni pernah main. Pastu game sega dulu favorite. N game sonic.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.102995 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list