Sebagai aktor yang sudah berkecimpung dalam industri hiburan sekian lama, Remy Ishak sentiasa menjadi buruan lensa kamera. Sama ada dari sisi kerjayanya yang memegang watak hero berkarektor mahupun kehidupan peribadinya yang masih dalam fasa pertunangan. Memegang status Hero Idaman Malaya ternyata meletakkan Remy sebagai 'hot stuff' di mata peminatnya.
Akhir-akhir ini, ramai pula merasakan yang Remy kerap meletakkan gambarnya bersama Mira Filzah di laman Instagramnya dengan tanda pagar #lelakikirimantuhan iaitu drama lakonan mereka berdua. Memahami tuntutan promosi drama tersebut, tetap ada netizen yang merasakan Remy seperti ada 'soft spot' terhadap pelakon cantik yang sedang meningkat naik ini.
Timbul pula persoalan, tidak marahkah tunang Remy ini apabila melihat gambar Mira lebih banyak berbanding dirinya walaupun atas dasar mempromosi lakonan?
Kredit foto: Twitter
Kelihatan gambar Mira menghiasi paparan skrin ini - IG
Ia turut dipersetujui oleh ramai netizen yang merasakan kedua-dua pelakon ini tampak serasi pula bila bersama.
"Kenapa tweet pasal Remy Ishak, tapi gambar Mira Filzah je banyak ni? Mohon pencerahan."
Ada yang merasakan ianya agak pelik kerana ramai pula mendapati banyak gambar Mira Filzah dan Remy Ishak bersama. Jika ia adalah strategi pemasaran maka ia boleh dikatakan berjaya kerana ramai yang merasakan ikatan kedua pelakon tersebut berbanding pelakon drama lain yang sedang ditayangkan ketika ini.
Sudah berlakon bersama-sama sejak filemSangkar, Riseni Kalilah dan terbaharu Lelaki Kiriman Tuhan ternyata merapatkan lagi kedua-dua pelakon ini. Bagaimanapun ramai yang berharap ia sekadar mempromosi drama semata-mata. Ini kerana Mira Filzah sendiri kerap mempromosikan babak-babak dalam drama tersebut di laman Instagramnya.
Ia bukan cinta lokasi kerana mereka berdua tidak bercinta di alam realiti dan ia juga bukan bertepuk sebelah tangan kerana masing-masing sudah ada yang 'istimewa'. Mungkin ini yang dinamakan keserasian dalam lakonan. Apa pendapat anda? - CARI
|