|
|
Seorang ibu dari Texas menghantar aduan kepada Southwest Airlines kerana seorang kakitangan syarikat penerbangan itu telah mempersendakan nama anaknya, ABCDE.
Wanita itu, Traci Redford berkata dia dan anaknya, Abcde, 5, sedang menunggu untuk terbang dari California ke Texas apabila seorang kakitangan di pintu masuk mula mempersendakan nama anaknya.
Kredit foto: Global News
‘Kakitangan itu ketawa terbahak-bahak sambil menunjuk ke arah anak saya dan bercakap-cakap dengan kawan sekerjanya, jadi saya menegurnya dan barkata itu nama anak saya, tolong berhenti’ katanya. Anak saya terdengar dan berkata ‘Mak, kenapa dia ketawakan nama saya?’ tambah Traci lagi.
Kredit foto: Twitter
Kakitangan itu juga dikatakan mengambil gambar pas masuk kanak-kanak itu dan memuat naik ke media sosial.
Traci memberitahu beliau hanya mengetahuinya selepas dihubungi rakannya yang melihat pas masuk viral tersebut, ‘Saya sudah membuat beberapa aduan kepada Southwest tetapi tidak diendahkan,’ kata Traci lagi.
Kredit foto: ABC 7
Memetik sumber Buzzfeed News, jurucakap penerbangan itu Chris Mainz memohon maaf dan berkata, sikap sedemikian tidak mencerminkan syarikat penerbangan itu.
Beliau juga berkata mereka telah membuat siasatan dan tindakan terhadap kakitangan itu tetapi tidak menguar-uarkannya atas sebab polisi syarikat.
Kredit foto: Twitter
Ini bukan kali pertama nama ABCDE menjadi berita. 4 tahun dahulu seorang lagi kanak-kanak Abcde Santos, 7, dihalau pengawal sebuah kompleks membeli-belah kerana anjingnya.
Menurut laporan Vocativ, sebanyak 328 warga Amerika Syarikat bernama Abcde dan hampir kesemuanya kanak-kanak. Selain Abcde, nama-nama ganjil lain dalam bancian termasuklah Ce-Ce, Sidy, Abby, Xyzzie, Aebi, dan Seedy.
Belum lagi kakitangan tu terbaca nama anak terpanjang di Malaysia, Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian, kalau tak pasti heboh. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|