Belum habis isu Sherry Ibrahim yang dituduh membuat pembedahan plastik, kini timbul pula dakwaan segelintir netizen bahawa pelakon berkaraktor, Sharnaz Ahmad turut melakukan sesuatu terhadap wajahnya.
Ini kerana penampilan Sharnaz tampak lebih muda berbanding dahulu. Tidak hanya penampilannya dikritik, Sharnaz juga dikatakan tidak lagi laku kerana asyik mempromosikan produk kurus berbanding berlakon.
Kredit foto:
Kredit foto: IG
Kelibat Sharnaz yang tampak awet muda tersebut boleh dilihat di majlis Anugerah Skrin dan juga sejak beberapa bulan ini membuatkan ada pengikutnya yang berasa pelik dengan perubahan tersebut.
Kredit foto: IG
Memang pedih kalau setiap komen diambil kira oleh setiap 'public figure'. Namun, boleh juga abaikan perkara tersebut kerana ia tidaklah sampai menjejaskan karier setiap anak seni.
Bagaimanapun, jika diihat pada penampilan baru hero drama Melayu ini, perubahan yang dikatakan sebenarnya mungkin disebabkan oleh penampilan yang Sharnaz tidak lagi berjambang serta mengubah gaya botak kepada berambut.
Jadi, tidak hairanlah jika pelakon tersebut tampil segar dan bermaya.
Kredit foto: IG
Menurut Sharnaz, produk pelangsingan ini lah yang berjaya mengurangkan berat badannya. Namun kejayaan tidak datang dengan mudah kerana perlu lebih berdisiplin. Malahan jika dilihat Sharnaz juga sibuk berlakon dan produk dramanya boleh dilihat di kaca televisyen. Jadi, adalah tidak relevan mengatakan perubahan wajahnya adalah kerana 'cucuk' sedangkan yang sebenarnya adalah mengubah gaya rambut dan penampilan.
Kredit foto: IG
Disebabkan ada segelintir artis yang membuat perubahan pada wajahnya, janganlah pula pukul rata pada semua artis. Lagi pula artis perlu sentiasa menjaga penampilan supaya kekal relevan dalam industri hiburan. - CARI
|