Belum sampai setahun usia perkahwinan Putera Harry dan aktres Meghan Markle, sudah macam-macam kontroversi yang kita dengar.
Sumber foto: vogue.com.au
Bermula dengan latar belakang Meghan yang dipersoalkan, hinggalah membawa kepada isu pasangan itu akan berpindah keluar dari istana Kensington dan bakal menyambut Krismas secara berasingan dari pasangan Putera William dan isterinya.
Terdahulu juga, Meghan Markle dilaporkan bertelingkah dengan Kate Middleton tentang isu Monarki.
Sumber foto: Carian Google
Terkini, terdapat desas-desus dari rakan kenalan Putera William bahawa William pernah menyatakan keraguan terhadap keputusan Putera Harry untuk berkahwin yang dirasakannya terburu-buru.
Putera William mengutarakan isu itu kepada nenda Permaisuri Elizabeth II dan apabila ia sampai sendiri pada Putera Harry, ia membuatkan situasi tegang kerana Harry terang-terangan membela Meghan.
Putera Harry juga tersinggung dengan abangnya yang dianggap tidak mengalu-alukan Meghan untuk menjadi ahli keluarga diraja pasca pertunangan mereka. Justeru, pendapat Putera William diketepikan walaupun hubungan mereka sangat rapat.
Meghan sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Travor Engelson pada 2011 dan bercerai pada 2013. Beliau mula mengenali Putera Harry pada 2016 melalui janji temu yang diaturkan oleh sahabat mereka berdua.
Sumber foto: express.co.uk
Perkahwinan Meghan dan Putera Harry berlangsung pada Mei 2018 tahun ini. Istana Kensington baru sahaja mengesahkan kehamilan Meghan pada Oktober lalu.
Perkahwinan diraja pasangan ini tidak mendapat perhatian dunia seperti mana perkahwinan Putera William dan Kate sebelum ini.
Sumber foto: express.co.uk
Nampaknya kerabat diraja Britain masih belum boleh berehat dari kontroversi. Mungkin Meghan perlu berlembut dan tidak terlalu lantang memandangkan banyak mata yang memerhati dan supaya tidak menjadi punca keretakan hubungan adik-beradik Putera William dan Harry. -CARI |