View: 3971|Reply: 20
|
Mulut Hancur, Gigi Bersepai Gara-Gara Rokok Elektrik Meletup
[Copy link]
|
|
Seorang remaja Christopher Krein, 21 dari New Orleans kehilangan hampir kesemua giginya apabila pen vapingnya meletup dan memecahkan rahangnya di tiga bahagian.
Kredit foto: Fox
Menurut Mailan Krein, ibu kepada Christopher, dia menegur tabiat anaknya yang kuat merokok dan dalam usaha untuk mengurangkannya, anaknya mencuba vaping pula.
Mailan berkata dia dikejutkan dengan panggilan daripada suaminya memaklumkan bahawa anak mereka berada di wad kecemasan kerana mulutnya hancur gara-gara pen vapingnya meletup. ‘Suami saya berkata, kamu harus ke hospital segera’ kata Mailan.
Kredit foto: Fox
Christpoher dikejarkan ke hospital di mana rahangnya didapati pecah di tiga bahagian, beberapa serpihan logam melekat di mulutnya dan hilang hampir kesemua giginya. ‘Dia juga memerlukan darah tambahan kerana terdapat pendarahan teruk, tetapi saya paling bimbangkan dia akan kehilangan lidahnya, syukur ianya masih OK’ tambah Mailan.
Kredit foto: Fox
Menurut Christopher, dia sedang bersiap untuk ke tempat kerja apabila tiba-tiba letupan kuat berlaku. ‘Seperti ada tembakan ke mulut saya’ katanya. Dia kini masih menunggu untuk menjalani beberapa pembedahan susulan dan kehilangan berat badan kerana terpaksa menelan makanan berbentuk cecair sahaja. ‘Dia juga mengalami kemurungan’ kata ibunya.
Kredit Foto: Google
Christopher menyalahkan jenama pen vapingnya, VGod. Laman web jenama ini pernah memuat naik amaran bahawa bateri pen vaping boleh gagal dan meletup.
Kegagalan biasanya berlaku apabila pengguna menggunakan bateri dengan cara yang salah. Keluarga Christopher kini telah melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan perundangan dan berhadapan dengan bill perubatan setinggi RM1.25 juta.
Ini bukan kali pertama insiden pen vaping meletup, sebelumnya terdapat beberapa kes membabitkan kemalangan yang hampir sama.
Nampaknya para peminat vaping perlu berhati-hati supaya tidak mendapat nasib malang; mulut hancur dan gigi bertaburan seperti Christopher. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Smpai hilanh semua gigi {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
Ayoyo. Dah tak hensem dibuatnya. Semoga kecacatan dia ni dapat dipulihkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Degil dorang ni. Ko tunjok mcm2 jenis gambar n berita pun tak jalan. Rasa nak cepuk je kdg2 |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaksa pasang gigi palsu ni |
|
|
|
|
|
|
|
bahayanya .... kesian gigi dah rompoang |
|
|
|
|
|
|
|
Gig tu xpe lgi. Tu mulut tu tgk pun dh rasa pedih. Kesiann.. |
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran paling memberi kesan. salahkan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
X tau la nak ketawa ke nak kesian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sakittt tuuuu..muda-muda dah hilang gigi dengan skala banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Gi la beli mod yang boleh control temperature. Bukannya mahal pun. Nie gi pakai mechanical mod pastu batery pun kecik & nk pakai tank yang byk coil. mmg mendapat la ko |
|
|
|
|
|
|
|
jom rokok dunhill
dijamin selamat |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 17-12-2018 09:26 PM
jom rokok dunhill
dijamin selamat
Rokok daun nipah |
|
|
|
|
|
|
|
lainkali tambah la buluh sbg perantara untuk sedut.
kalu kebetulan nak meletop takde la pecah mulut.
|
|
|
|
|
|
|
|
No worries, kalau kt sana dental surgery ny ngetop |
|
|
|
|
|
|
|
Ouchhh sakitnye tuhh di mulutss |
|
|
|
|
|
|
| |
|