CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3822|Reply: 42

[Tempatan] Bayi setahun lima bulan maut dilanggar kereta

[Copy link]
Post time 15-1-2019 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG: Seorang bayi perempuan berusia satu tahun lima bulan maut dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, di sini, hari ini.

Aamina Inayah Mohd Hafezul meninggal dunia kira-kira setengah jam selepas kejadian itu ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) pada jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata kejadian itu berlaku pada jam 5 petang di garaj kereta di rumah pengasuhnya.

Beliau berkata, ibu pengasuh bayi itu cuba mengalihkan kenderaannya jenis Toyota Fortuner yang berada di luar garaj itu.

Katanya, ketika itu juga pengasuh bayi berkenaan berada di dalam rumah dan tidak menyedari bayi terbabit keluar dari rumah.

“Dia (pengasuh) yang menyedari kehilangan bayi itu mencarinya dan terdengar suara menangis dan melihat bayi itu terbaring di tepi kereta bahagian depan.

“Pengasuh bersama ibunya, mengangkat bayi itu dan dikejar ke HGM tetapi bayi itu meninggal dunia setengah jam selepas menerima rawatan,” katanya.

Difahamkan bayi itu tinggal di rumah pengasuhnya sejak seminggu lalu berikutan bapa bayi terbabit bekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang manakala ibunya berkerja sebagai jururawat di Arab Saudi.

Sementara itu, pengasuh bayi berkenaan ketika ditemui di Bilik Mayat HGM berkata, bayi itu baru boleh berjalan dan tidak menyangka tragedi itu boleh berlaku.

Katanya, dia sentiasa mengawasi pergerakan bayi itu, tetapi ketika itu mungkin terlalai apabila tidak menyedari dia keluar ke garaj kereta.

“Biasanya bapa bayi itu datang mengambilnya pada jam 5.15 petang setiap hari dan saya amat sedih dengan kemalangan itu,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la ongmelayu ni baik hati sangat buboh anak kat pengasuh takde sain ape2 legal papers pon.  Bapak aku dulu kasi sewe rumah punye la berjele agreement dia buat dengan loyer.  Hah, nak paku dinding pon tak kasi.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:31 AM | Show all posts
ibu pengasuh langgar bayi di rumah pengasuh?? soo fishy??
takziah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah replied at 15-1-2019 12:31 AM
ibu pengasuh langgar bayi di rumah pengasuh?? soo fishy??
takziah

Pengasuh umur 20 tahun, mak pengasuh tu org tua umur 50 lebih nk alih keta masuk garaj.
Pengasuh tak sedor baby tu kuar umah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Dh la ibu kandung di saudi. Sama dgn jiran
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 15-1-2019 12:53 AM

Sian  baby nih, umur kecik lg sgt mak dah g arab saudi tahun bila akan blk taktaulah.
Duk la dia ngan ayah dia tp ayah dia kije jd duk la dia ngan pengasuh yg umur baru 20 tahun.
Takda sapa yang bebetul boleh jaga dia elok2.


Mungkin Mak ayah nya masih byk hutang lg nk setel kot..Sbb iols tau gaji misi kt ereb tu mmg mahal ade sorang misi ni penah share pengalaman dia siap post gambo dia duk pegang duit cash yg byk hasil gaji kije misi kat ereb tu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 01:42 AM | Show all posts

Tak tau nak cakap apa cuma kalau mereka try mempunyai anak lagi eloklah siisteri jaga anak sampai 2 tahun. Duit boleh cari (sebab Nurse) tapi anak?  Lepas anak dah besar baru lah cari kerja di luar negara balik.

Mak bayi mesti terkilan dan rasa bersalah meninggalkan anak demi $$$.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Probably gaji bini di arab saudi tu lebih tinggi daripada gaji si suami. Pendapatan lebih ini boleh mengubah ekonomi keluarga. Jadi bolehlah hidup selesa sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 15-1-2019 01:42 AM
Tak tau nak cakap apa cuma kalau mereka try mempunyai anak lagi eloklah siisteri jaga anak sampai  ...

Byk dah kes libatkn pengasuh2 punca utama dia dr makpak jgk main sauk mne pengasuh yg ada.alasan pengasuh bkn sng nak cri.mmglah dh korang makpak jgk berkira nk byr pengasuh ko nak rate 3 4ratus gitu sapa je yg jd sudi jd pengasuh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 15-1-2019 12:44 AM
Pengasuh umur 20 tahun, mak pengasuh tu org tua umur 50 lebih nk alih keta masuk garaj.
Pengasuh  ...

Mcmna nak sedar klu dh umur2 gini cnfm leka duk main henpon tgk tb bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 07:12 AM | Show all posts
agaknya mak mangsa yang pujuk
jaga anak dia sebab dia nak
kerja kat Arab Saudi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
yuliss replied at 15-1-2019 02:23 AM
Mcmna nak sedar klu dh umur2 gini cnfm leka duk main henpon tgk tb bagai.

Taktaulah baca kat berita masa dia tersedar tu tak nampak baby tu dia carilah pastu dengar baby tu nangis rupanya ada kat luar umah.
Sempat nangis lagi baby tu tahan kesakitan mesti menggelepar je dia lepas kena langgar Allah takleh bayangkan.

Tolong ye kalau kat umah ade anak kecil pastikan pintu grill sentiasa berkunci biarla nampak mcm duk lam penjara pun nk wat cemana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih nya bace news mcm ni pagi2.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 07:48 AM | Show all posts
bila ada bdk kecik ni kena lbh alert dgn alam sekitar
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya bila baca berita ni. Budak dah dpt kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 07:52 AM | Show all posts
Suchi replied at 15-1-2019 12:49 AM
Sian  baby nih, umur kecik lg sgt mak dah g arab saudi tahun bila akan blk taktaulah.
Duk la dia ng ...

Gaji memang mahal....
Tapi islam pun tak suruh isteri tinggalkan suami & anak cari duit....
tanggungjawab suami cari duit...
kwn akak gi saudi jadi nurse gak...tingglkan 3org anak....tetiap bln kirim duit...
balik msia, laki dah kawin lain rupanya....duit byk kan....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Loqlaq la pengasuh2 sekarang ni

Baby mana leh biar mcm ayam berjalan merata tanpa pengawasan

Payah jenis bawang2 pemalas ni
Pastu bila tengok mak2 yg jaga anak betul2 dikata macam2 , ulit anak la. Guna anak sbg alasan tak tolong keje kenduri laa. Macam2

Haihh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 07:58 AM | Show all posts
Allahu kesiannya kat baby tu, mesti tengah seronok berjalan sebab baru dapat kaki kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:27 AM | Show all posts
aduhaiiii..siannnyaa...tgh comel tu jln kedek2...happy dpt kaki
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:32 AM | Show all posts
banyak sgt terjadi..
pasti gril sentiasa berkunci ketika nak alehkan kereta.. even mak or ayah ada kat dalam..

budak2x ni... bukan boleh jangka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.273756 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list