View: 16806|Reply: 75
|
[Pelbagai]
[Takwil Puisi 004] Pengembara Malam
[Copy link]
|
|
Edited by KILL_NANCY at 16-1-2019 12:12 PM
Tahniah kepada pemenang [Takwil Puisi 003] Selarung Babi, @noor2, @hibernation kerana berjaya mentakwil puisi tersebut - hampir tepat.
Jawapan Takwil Puisi Selarung Babi.
Malam-malam bebangun melendut menakung embun,
Bambu suda pula dipancang tegak-tegak,
Tanah terpelihara daripada babi menyondol,
Aku arik menjaga provinsi ini,
Tidakku harap tanah subur tumbuhnya melayu.
Maksud : Seorang pemuda berjaga pada malam hari, tidak tidur mengatur buluh akar di sekeliling tanah di wilayahnya daripada oportunis politik kerajaan yang mengupah kacang-kacang hantu merosakkan tanaman mereka. Dia takut tanah yang subur itu nanti dibangunkan sesuatu yang tidak bermanfaat pada penduduk-penduduk setempat
Jerkah angin bersentuh dahi layar,
Berpicing mata nikmat puput angin,
Pusang hati pangkalan ditutup pasang,
Tanah dijaga daripada sondolan babi,
Tanah lain pula dirampas orang.
Maksud : Tanah yang ditagih itu adalah tanah subur di tepi laut diamnya. Terdapat sebuah pangkalan sementara milik kerajaan yang oportunis, sudah bersiap siaga memulakan misi untuk merampas tanah. Kononnya mereka mendakwa bahawa rampasan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap tangisan awam yang berbelah bagi (rujuk : pangkalan ditutup dipasang) untuk pengagihan semula tanah bagi membetulkan ketidakadilan era kolonial. Pemuda itu terkilan, tanah yang dijaganya hari-hari, tanah lain dirampas orang (wilayah yang berlainan)
Mataku gerenyet sejak remang malam,
Petanda pelupuk mata ingin basah?
Atau orang jauh ingin pulang?
Aku gamang yang pergi gagal pulang,
Mereka bertikam-tikaman sebelum babi bertandang.
Maksud : Pemuda itu mendapat petanda pada matanya yang tidak henti-henti gerenyet sejak malam tadi. Pemuda itu berfikir-fikir atau mentafsir mungkin penduduk-penduduk wilayah yang dirampas itu, bertandang ke wilayahnya untuk menumpang teduh. Kebanyakan penduduk-penduduk di wilayah yang lain berasal daripada wilayahnya, mereka berhijrah untuk mencari rezeki. Pemuda itu hatinya gundah gulana bilamana, ada di antara penduduk-penduduk di wilayah itu, berbunuhan sesama sendiri sebelum kerajaan oportunis tiba, ada di antara mereka meraikan peristiwa itu sebagai hari merampas tanah orang lain.
Sedikit perkongsian mengenai puisi ini.
Ini adalah peristiwa kerajaan diktator yang oportunis merampas tanah-tanah milik penduduk Zimbabwe dan Mozambique, mereka mengusung kapal-kapal kecil di sepanjang sungai Limpopo dan Sabi. Di dalam buku The Land Reform Deception mengandungi bukti empiris yang tidak pernah wujud, dikumpulkan daripada wawancara mendalam dengan ahli politik kanan, ahli-ahli Pertubuhan Perisikan Pusat yang bersifat rahsia manakala tentera, polis, petani dan buruh kasar telah disasarkan semasa serangan The Land Reform Deception.
Puisi untuk minggu ini,
Sekian lama terpahat angan di jumantara
Dia pengembara malam yang setia mengukir raut wajah pengilham
Adakalanya terluka merana, pedih jiwa bagai tertusuk kaca
Masih terus setia dia mengukir bayang-bayang
Menitip doa sebelum beradu, harapan terhias di kala rindu terpadu
Dalam diam di hujung persoalan terbuku
Termenung di jendela berlangsirkan awan kekabutan
Apakah ini semua sia-sia membuang waktu?
Pengilham terpilih tidak sudi cuba merenung rembulan
Tempat monolog dan rindu berkucupan
Siang mengetuk pintu tanpa segaris jawapan diberi
Malam akan kembali dan bertamu lagi
Bintang-bintang mengerdip menyanyi
Angin malam bersahutan meneriakkan jeritan sanubari manusia
Mungkinkah kasih menyusup tumpang berteduh
Mungkinkah cinta tersesat lalu terhempas jatuh
Dia pengembara malam dipeluk rasa tidak pasti
Haruskah jumantara terus dipahat angan, mengukir wajahmu wahai Tuan ?
Kini dia akur memadamkan mimpi-mimpi
Sudah tiba masa malam dibiar sepi, perasaan ditikam mati
karya oleh
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-1-2019 12:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih KILL_NANCY dan smod seribulan
selamat mentakwil puisi! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-1-2019 01:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
bianglala replied at 16-1-2019 12:44 PM
terima kasih KILL_NANCY dan smod seribulan
selamat mentakwil puisi!
sama2 bianglala.terima kasih kembali, sebuah sajak yang mengancam. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh. Sastera tahap tinggi ni. Tak tercapai akalku |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chempaka.ayu at 16-1-2019 02:26 PM
Aduhhhhhhh terpampang seketika daku disini... sungguh tinggi nilai kata.. indah tersusun... mak kagum |
|
|
|
|
|
|
|
hibernation replied at 16-1-2019 12:13 PM
Alhamdulillah....terima kasih.... terima kasihhh penyajak, terima kasih cik seri
@noor2 k ...
Wahhhh....tak sangka kita....hi hi. ..terima kasih mod seribulan dan kill Nancy juga..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noor2 at 16-1-2019 03:37 PM
Terima kasih juga pada @chesfa yang bersusah payah bagi maksud puisi tersebut..... |
|
|
|
|
|
|
|
Check in dulu. Hadoiiii kena penaakulan tahap tinggi ni. Apsal makin lama makin mencabar? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noor2 at 16-1-2019 03:38 PM
chesfa replied at 16-1-2019 03:05 PM
Check in dulu. Hadoiiii kena penaakulan tahap tinggi ni. Apsal makin lama makin mencabar?
Sorryyyyyy dik chesfaaaa. ..kaka confused chesfa dgn catpaw. ....dik chesfa yang bersusah payah bagi maksud selerung bab* tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-1-2019 03:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
@adila39
@chicozinn
@Beautifulliar.
@rospinki
ayuh dong |
|
|
|
|
|
|
|
puisi ni sekali imbas macam jiwang
tapi bila mendalami (chewahh) ada unsur2 ketuhanan nih |
|
|
|
|
|
|
|
Sekian lama terpahat angan di jumantara
Dia pengembara malam yang setia mengukir raut wajah pengilham
Adakalanya terluka merana, pedih jiwa bagai tertusuk kaca
Masih terus setia dia mengukir bayang-bayang
Menitip doa sebelum beradu, harapan terhias di kala rindu terpadu
maksud pertama ...saya x faham maksud jumantara tapi saya andaikan syurga atau tempat indah...di mana penyajak bermonolog dengan tuhan ...walau diuji dengan kepedihan..tapi penyajak tetap merindui tuhannya..penciptanya. .
maksud sajak perenggan kedua ..
penyajak merenung alam ciptaan pencipta sambil melontar beberapa persoalan...dan risau masa yang sia2 sebelum bersedia berjumpa penciptanya...
perenggan ke tiga membawa maksud...hari2 yang berlalu dengan cepat...peredaran masa siang malam...penyajak merasakan mungkin dia diterima tuhan dengan jalan yang betul ...atau selama ni amalan dia sia2 belaka?..
perenggan ke4 terakhir....penyajak merasakan..dia tidak.pasti.apakan pencipta akan menerima segala amalannya atau dia membiarkan saja perasaan was was nya pergi....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 16-1-2019 07:31 AM
Sorryyyyyy dik chesfaaaa. ..kaka confused chesfa dgn catpaw. ....dik chesfa yang bersusah payah ...
It's ok kak noor. Janji saya tau kak noor maksudkan sape hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bakpe makin lama mkin susah meols dh la sel otak lambat berhubung kihkih.Tinggi sgt laras bahasa puisi ni tp meols cuba la.klu btol kasik angguk itu kapla.
Pengembara mlm ni mngisahkn penulis perempuan(sbb ujung puisi ada mbayangkn sheols rindu Lelaki/Tuan)yg tak putus asa dlm mengejar cita2 sblum tido..cita2 nk bersatu ngn pujaan ati la meols speku.dan sokmo doa agar harapannya akan termakbul seiring usaha.Wlpon kdg2 mnempuh pelbagai cabaran.Tp pnulis kekal bertahan.Namun,kdg penulis jgk tertanya2 kalau semua yg dilakukn tu sia2 je sbb mcm sbelah pihak je usaha.Siang dan mlm bganti dan penulis mngharapkan agar ada keajaiban kot2 pihak yg penulis nk tu,tibah bg rasa yg sama.Wlpon kebiasaan ari tkde ape,cuma pnulis yg beria melayan perasaan sndri
Wah gittew |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 16-1-2019 04:01 PM
Sekian lama terpahat angan di jumantara
Dia pengembara malam yang setia mengukir raut wajah pengilh ...
Reply diri sendiri....ya amponnn susahnya nak kaler words ni....sampai terkaler yang atas tu.....haih |
|
|
|
|
|
|
|
Baru sampai ke jumantara pertama. Maksudnya, cakerawala, langit, udara
@bianglala
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|