View: 7157|Reply: 26
|
Tular Selepas Nyanyi Lagu "Assalamualaikum", Takaaki Terry Dilamar Fa
[Copy link]
|
|
Takaaki Terry dari Osaka, Jepun telah meninggalkan negaranya untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi di Malaysia.
Jejaka yang berusia 24 tahun ini, telah menjadi tular di media sosial sejak tahun lepas kerana menyanyikan lagu yang berjudul "Assalamualaikum" dari Faizal Tahir.
Memetik dari GEMPAK, demi mengejar cita-citanya, dia mengambil risiko dengan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang pegawai pemasaran di Osaka.
Menurutnya, sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi tetapi ingin memulakan kariernya di luar negara terutamanya Malaysia.
"Ya saya nekad berhenti kerja. Saya mempertaruhkan kehidupan saya untuk mengejar impian bergelar penyanyi di negara ini".
"Sebenarnya saya dah lama saya ingin menjadi penyanyi dan saya jatuh cinta dengan lagu-lagu melayu."
"Antara lagu pertama yang membuatkan saya jatuh cinta adalah Dari Mata (Jaz Hayat), saya juga suka dengar lagu Pematah Hati (Nabila Razali)"
"Saya berpeluang ke Kuching, Sarawak pada April tahun lalu dan dari situlah saya mendapat peluang mendengar banyak lagu Melayu"
"Bagi saya, kebanyakan melodi lagu Melayu sangat indah itu yang membuat saya mula meminati lagu dan mempelajari Bahasa Melayu" katanya.
Selain itu, Takaaki turut mengungkapkan rasa gembira kerana diberi peluang bekerjasama dengan Faizal Tahir.
"Tak pernah terfikir ini akan terjadi, rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan Faizal Tahir. Sampai sekarang masih lagi tak percaya, rasa macam mimpi."
Takaaki sememangnya telah meninggalkan kesan kepada penulis lagu dan penyanyi iaitu Faizal Tahir, lantas membawanya ke Osaka untuk melamar Takaaki sebagai artis rakaman di bawah syarikat Faithful Music iaitu milik Faizah Tahir sendiri.
Takaaki turut menyatakan apabila sudah mencapai kejayaan di sini, dia ingin mengembangkan pengaruh muziknya di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Takaaki Terry. Semoga sukses dalam mengecapi cita-cita sebagai seorang penyanyi di Malaysia.
Selamat Datang Ke Dalam Industri Muzik Malaysia. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh ke sheols meneruskan legacy kak sandii suzuki? |
|
|
|
|
|
|
|
Utk memulakan cuba2 boleh try.. meh ler dtg malaysia. Mesti acik2 birah gatai2 nak dengar |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi rupa paras... almost kendu la... |
|
|
|
|
|
|
|
iols notice artis2 bawah FT ni semua haus vokalnya jah. Cth terdekat Lizzy Tan . ada sorang lagi retis pompuan Melayu yg youtube dulu iols tak hengat.
kebanyakan retis2 youtube ni time diaorang nyanyi lagu2 retis terkenal (cover version) memang sedap. tapi bila nyanyi lagu2 sendiri, ke laut dalam vokalnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kecuali aziz harun. aziz harun nyanyi live sedap.
|
|
|
|
|
|
|
|
oklah dia nyanyi tak pelat macam
sesetengah penyanyi Melayu yang
acah2 pelat.. |
|
|
|
|
|
|
|
muka mcm erul AF sikit2 ya... tapi takde la serupa...
kena polish lagi kot.. gigi heshe itu bagi la pendakap percuma.. kalau tak mampu sgt.. yg rm300 tu pun jadi la... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols jamin, kejap je ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tenkiu memperkenalkan iolls dengan acik sandii
|
|
|
|
|
|
|
|
hanis soraya yg study medic dekat mesir tu ka chuolz....
|
|
|
|
|
|
|
|
ha ye betul. sendu dah sheols? |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap bodoh bodoh alang sikit, buat lawak2 sikit, nanti boleh popular macam mark adam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kan korg Terry ni jenis tak photogenic je.. kat depan2 handsome.. sbb iols pernah jumpa dia depan2, lepak makan kat Hyogo Halal Restaurant n coffee-ing kat Sannomiya.. time tu dia datang Kobe, iols kerja kat Kobe sekarang. so just DM dia kt ig masa tu before jumpa.. memang jenis suka belajar bahasa Melayu.. time tu lagi seminggu dia nk fly g KL. cume tak sangka la pulak lepas tu mcm2 show pulak dia keluar time kt KL. hari tu dia ckp dia set masa 1 month je tgk mcm mana plan (time tu 3 Disember dia fly). ni ok la kot sbb dh sebulan lebih stay kat KL.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
senang nya jadi artis sekarang ni kat malaysia sampaikan org luar pon nk kesini tuk menyanyi. hmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
putehkundor replied at 17-1-2019 12:23 PM
boleh ke sheols meneruskan legacy kak sandii suzuki?
Uuu nama yang legend! Hebat uols masih ingat! |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pasti menyesal lepas dia tau msia ni banyak acik2 bawang |
|
|
|
|
|
|
|
wadiunong replied at 17-1-2019 05:40 PM
ha ye betul. sendu dah sheols?
Sendu sedan dah.... harap bawah FT ja... bukan best mana pon |
|
|
|
|
|
|
| |
|