Suami Ratu Elizabeth, Putera Philip dilaporkan terbabit dalam kemalangan ketika pacuan empat roda dipandunya terbalik berdekatan Sandringham di timur England pada Khamis.
Radar Online melaporkan, ketika kejadian, Duke of Edinburgh, 97, cuba keluar ke laluan utama sebelum merempuh sebuah kenderaan Kia menyebabkan Land Rover dipandunya terbalik.
Jurucakap Istana Buckingham mengesahkan kejadian memaklumkan, Putera Philip tidak mengalami kecederaan, namun diperiksa doktor sebagai langkah berjaga-jaga.
Kredit foto: Radar Online
Sementara itu, Daily Mail melaporkan, salah seorang saksi berkata, Putera Philip kelihatan seperti matanya silau oleh cahaya matahari ketika berada di simpang tiga sebelum keluar ke laluan utama berhampiran Sandringham Estate di Norfolk.
Menurutnya, kerabat diraja itu juga kelihatan terkejut akibat kejadian. - CARI |