Leher tersepit di kerusi
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/418146/leher-tersepit-di-kerusi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 January 2019 @ 2:40 PM
Farah Suhaidah Othman
[email protected]
ANGGOTA bomba menbantu kanak-kanak yang tersepit di kerusi. FOTO ihsan bomba
KANAK-kanak lelaki terpaksa menahan sakit hampir 10 minit selepas lehernya tersepit di kerusi di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Rancangan Perumahan Awam (RPA) Pusing, Batu Gajah, hari ini. Kejadian berlaku jam 9.15 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Mohd Jamaluddin Mat Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada TABIKA memaklumkan kejadian itu pada jam 9.23 pagi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian anggota bomba mendapati leher mangsa tersepit pada kerusi besi.
“Anggota bomba menggunakan pemotong besi bagi memotong kerusi besi berkenaan sebelum mengeluarkan kepala mangsa perlahan-lahan.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi menyelamat tamat jam 9.45 pagi,” katanya. |