Sambil menyelam, minum air. Itulah langkah diambil pereka fesyen sensasi yang kini bergelar penyanyi, Ezuwan Ismail.
Menurutnya seperti dipetik daripada Astro GEMPAK, penampilannya secara berkumpulan dengan E1 memberi peluang untuk Ezuwan menonjolkan lebih banyak pakaian dari koleksi jenamanya.
"Selain dari menyanyi kerana minat, saya juga berpeluang untuk mengetengahkan koleksi pakaian dari jenama saya sendiri.
"Jika saya tampil secara solo, saya akan peragakan hanya satu pakaian pada satu masa. Tetapi, menerusi kumpulan ini dua lagi anggota E1 iatu Zulyasrani dan Ariff Imran akan turut memperagakan koleksi saya.
"Dalam pada itu, saya akui agak sibuk mahu hasilkan banyak baju untuk setiap penampilan kumpulan E1, namun saya bersyukur, semuanya terkawal dengan baik," ujar Ezuwan kepada Gempak.
Kredit foto: IG Ezuwan Ismail
Salah satu strategi pemasaran lah maksudnya, kan?
Jujurlah, anda rasa berapa banyak lagu akan dihasilkan atau berapa lama kumpulan ini dapat bertahan? - CARI |