CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4802|Reply: 33

[Tempatan] Bekas Atlet Paracycling Negara : Tidur Di Surau & Ditipu Kenalan

[Copy link]
Post time 22-2-2019 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Azlan Muhammad Zain


Perkara berkenaan didedahkan bekas pelumba trek negara, Mohd Rizal Tisin melalui muat naik di facebook miliknya sebentar tadi.

"Tadi ketika di surau CIQ (Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin) di Johor Bharu lepas Isyak saya ditegur seorang pemuda OKU (Orang Kurang Upaya), rupanya Syazwan yang juga bekas atlet paracycling negara kategori C3.

"Syazwan sudah tiga hari tidur di surau JB CIQ tu sebab sudah kena "kencing" dengan kawan dia dari Singapura yang mahu menolongnya mencari kerja di sana.

"Dia ulang-alik selama tiga hari gigih cari kerja di sana sebab sudah berjanji dengan ibunya. Keluarganya tidak tahu dia sampai terpaksa tidur surau selama tiga hari, tidak mandi dan makan dua hari.

"Hari pertama dia sampai, rakan kepada kawannya mahu pinjam duit RM500 dan janji akan bayar selepas tengah hari. Namun selepas mendapat wang, kawannya terus "block" nombornya.

"Jadi dari dia mempunyai RM700 untuk mencari kerja di Singapura, hanya berbaki RM200 dan sudah habis digunakan selama tiga hari," menurut Rizal.

Ketiadaan wang menyebabkan dia terkandas selain ibu bapanya tiada di rumahnya di Seremban dan berada di Pahang kerana datuknya sedang nazak.

"Dia punya kental tidak mahu susahkan ibu bapanya sampai "senyap" selama tiga hari walaupun bergelut seorang diri di Johor Bharu.

"Betul tidak boleh mengharapkan Majlis Sukan Negara atau Kementerian Belia dan Sukan tolong semua atlet yang sudah tak disambung kontrak namun Syazwan adalah OKU di mana kedua-dua tangan dia kecil dan tidak kuat. Nak makan lurus mulut ke pinggan pun susah.

"Pandangan (netizen) apa kita perlu buat? Sementara ini aku bawa dia pulang dekat rumah sementara cari jalan penyelesaian," menurut Rizal.

Bulan lalu, dua rakan sepasukannya dalam skuad negara yang juga tidak disambung kontrak menjadi tumpuan apabila menjual buah jambu dan terbabit dalam perniagaan gunting.

Nasib Shukor Farhan Suliman dan Mohd Nur Syafiq Suhaimy kemudiannya dilihat terbela apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjanjikan bantuan kepada mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Februari 2019 @ 12:20 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2019 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
BEKAS atlet paracycling negara, Mohamad Syazwan Roshdi, 22, terpaksa tidur di surau dan tidak makan selama dua hari selepas ditipu kenalannya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 07:52 AM | Show all posts
jahatnya kawan
tu org yg dikenal
yg x dikenal lagi la jahat giler
kalau psal duit dgn sesiapa pun jgn percaya
ahli keluarga sendiri pun ada yg kaki putar alam
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy selalu baca kat porem ni porumers kutuks meleis branak byk, branak rapat, negligence terhadap anak.

Ni pon salah 1 . Syazwan ni kecikkk lagi umo baru 22 , oku plak tu. Apakeheii datuk nazak & mak harap dia sara dorang???? Apa ye pemikiran mak2 yg mengandung???? Anak tu mesin ATM dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak yg bukan oku & bergaji tinggi pon ada masa depan sendiri. Kenapa parents tkde planning sendiri utk masa depan sendiri , the day they conceive child???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri budak hingusan mohon tampil & tengok kebajikan para atlit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2019 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau semua inci perkara menteri nk kena pk dan ambik tahu, baik jadik nwgara komunis je laaa aduhai makbapak datuk si syazwan ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la dia tampil. Nampak la jugak dia buat kerja. Sekarang ni nampak macam tadak fungsi apa pun.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 08:48 AM | Show all posts
atlet ni tu la..masa bejaya di sanjung2...bila dah x nak...derang buang gitu jek....

masa dalam  kontrak berapa gaji depa ni sebulan..??

keje2 jenis...atlet..penyanyi...pelakon....klu xde simpanan sendiri mmg risiko aihh...

tapi budak ni muda lagi...kesian la....dah lah OKU...ada bantuan tuk OKU kan..?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 22-2-2019 08:48 AM
atlet ni tu la..masa bejaya di sanjung2...bila dah x nak...derang buang gitu jek....

masa dalam   ...

Ya. Mungkin ada bantuan JKM
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:53 AM | Show all posts
so mana pi syed sadiq? baru hang tau betapa sukarnya nak memerintah.


seteruk2 kj dulu, teruk lagi si sadiq ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:57 AM | Show all posts
siannya dia
moga ada yg sudi membantu dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok lagi. Yg satu Msia ditipu manipesto hancing lg sadis
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:02 AM | Show all posts
haryatie replied at 22-2-2019 07:52 AM
jahatnya kawan
tu org yg dikenal
yg x dikenal lagi la jahat giler

itu biasak maknusia zmn skrg...kesian org oku tu pon di pedajai. lagi satu..sebelum setuju apa2 plan kena bincang dulu dgn keluarga dan org yg kita pecaya..tak pun selidik batul2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:07 AM | Show all posts
seri_mawr replied at 22-2-2019 08:48 AM
atlet ni tu la..masa bejaya di sanjung2...bila dah x nak...derang buang gitu jek....

masa dalam   ...

kalau jadi macam ni ramai je nak tuding jari kat pada kerajaan tak kira pada kerajaan lama atau pada kerajaan baru
jadi atlet negara ni sama jugak macam kita bekerja.Cuma kita bekerja maybe untuk syarikat korporat atau bekerja  untuk kerajaan.

setiap keringat ko tu dibayar bukan free.Kalau semua orang nak salahkan kerajaan sebab tak jaga kebajikan bekas atlet atau atlet aku rasa tuduhan tu macam tak adil

sepatutnya kena latih diri sendiri untuk mengurus kewangan dengan baik semasa tenaga masih boleh diguna pakai supaya kemudian nanti tak menyusahkan orang lain

memang para atlet menaikkan nama negara tapi kerajaan tak pulak kerah tenaga atlet secara FOC








Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:09 AM | Show all posts
haryatie replied at 22-2-2019 07:52 AM
jahatnya kawan
tu org yg dikenal
yg x dikenal lagi la jahat giler

bkn kwn...tp musuh...
ambik kesemptan atas org lain

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bekas atlet merupakan pemegang 3 pingat emas edisi ke -9 Sukan Asean. Selepas berhempas pulas berjuang untuk negara akhirnya kontrak beliau ditamatkan pula baru baru ini

Di mana sifat kemanusiaan MSN ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:22 AM | Show all posts
fushimi replied at 22-2-2019 09:07 AM
kalau jadi macam ni ramai je nak tuding jari kat pada kerajaan tak kira pada kerajaan lama atau pa ...

Setuju. Banyak dah kisah mcm ni. Kenapa masih tak dijadikan teladan. Semoga adik ini murah rezeki kewangan n kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:27 AM | Show all posts
kenapa dgn berbaki rm200 tu dia takmo terus balik rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 22-2-2019 09:35 AM

Kalau nak cari juga kerja dalam masa yang singkat, banyak yang ada kerja kilang. Itu pun bukan betul-betul di JB. Perlu ke Senai atau Tebrau. Memandangkan beliau golongan OKU, agak mustahil untuk bekerja di kilang.

Kalau nak bekerja di Singapura, ada cara dan saluran yang betul. Harap adalah yang sudi bimbing beliau.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.214833 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list