View: 3773|Reply: 26
|
Kotor, Ubat Tamat Tempoh, MC Serendah RM10- Berduyun-Duyun 'Pesakit' Beratur Dep
[Copy link]
|
|
Berduyun-duyun 'pesakit' muncul telah membongkarkan kegiatan haram sebuah klinik yang menjual sijil cuti sakit (MC) palsu.
Harian Metro melaporkan, ia dijual dengan harga serendah RM10 dan RM20 mengikut jumlah hari yang dikehendaki 'pesakit'.
Selain premis yang kotor, klinik itu juga dikesan menjual ubat lapuk yang sudah tamat tempoh.
Foto: Harian Metro
Tiga kesalahan besar itu menyebabkan ianya diarah tutup serta merta selepas notis tunjuk sebab dan notis perintah penutupan premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pengendali klinik berkenaan.
Difahamkan klinik tersebut sudah beroperasi sejak 1975 dan dikendalikan oleh seorang doktor dan dua orang pembantu.
Ia diberikan tempoh selama 21 hari untuk menghentikan operasi selain menambah baik dan mematuhi arahan KKM.
Ketika penyerahan notis dilakukan lima pegawai Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di klinik berkenaan semalam, klinik itu masih beroperasi dan ada pesakit yang menunggu giliran bertemu doktor.
Tandas dalam klinik itu juga didapati kotor dan tidak mempunyai sumber air, kurang bekalan elektrik, pengurusan ubat tidak teratur selain kelengkapan perubatan yang usang.
Lebih teruk meja doktor juga bersepah, ubat tamat tempoh serta jarum suntikan yang dah diguna tidak dibuang dengan betul.
Foto: Harian Metro
Antara kesalahan lain adalah tidak mempamerkan salinan perakuan pendaftaran klinik perubatan swasta, gagal mematuhi keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit, mengeluarkan MC secara berleluasa dan tidak mempamerkan carta organisasi.
Malah pengendali klinik juga tidak menyimpan atau menyelenggara daftar kehadiran, rujukan dan kematian pesakit termasuk rekod kesihatan pesakit, tidak menyediakan peralatan kecemasan asas dan gagal mematuhi cara pelupusan ubat luput.
Semua kesalahan itu melanggar Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ingat kat gombak tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Beratur Beli MC RM 10
NOTIS penutupan serta-merta ditampal di klinik terbabit.
UBAT-ubatan tidak disusun dengan elok.
[email protected]
KELIBAT ramai ‘pesakit’ yang berduyun-duyun muncul saban pagi membongkar kegiatan haram sebuah klinik di sini, yang menjual sijil cuti sakit (MC) palsu.
Difahamkan setiap sijil cuti sakit itu dijual pada harga antara RM10 dan RM20 mengikut jumlah hari dikehendaki ‘pesakit’.
Klinik berkenaan turut dikesan menjual ubat lapuk yang tamat tempoh selain premis didapati kotor.
Tiga kesalahan besar itu cukup membuatkan klinik itu diarah tutup serta-merta semalam selepas notis tunjuk sebab dan notis perintah penutupan premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pengendali klinik berkenaan.
Klinik yang beroperasi dengan seorang doktor dan dua pembantu sejak 1975 itu diberi tempoh 21 hari berkuat kuasa semalam untuk menghentikan operasi selain menambah baik dan mematuhi arahan KKM.
Ketika penyerahan notis dilakukan lima pegawai Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di klinik berkenaan semalam, klinik itu masih beroperasi dan ada pesakit yang menunggu giliran bertemu doktor.
Difahamkan, kebanyakan pesakit masih datang ke klinik berkenaan kerana mahu membeli MC yang dijual antara RM10 hingga RM20 mengikut jumlah hari dikehendaki ‘pesakit’.
Kegiatan itu didedahkan majikan yang sering menerima MC dikeluarkan doktor klinik berkenaan selain risikan JKNJ.
Ketika pemeriksaan, keadaan klinik itu kotor dan tidak terurus.
Tandas klinik kotor dan tidak mempunyai sumber air, kurang bekalan elektrik, pengurusan ubat tidak teratur selain kelengkapan perubatan yang usang.
Selain meja doktor yang bersepah, ubat-ubatan juga tamat tempoh serta jarum suntikan yang sudah digunakan tidak dibuang dengan betul.
Antara kesalahan lain adalah tidak mempamerkan salinan perakuan pendaftaran klinik perubatan swasta, gagal mematuhi keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit, mengeluarkan MC secara berleluasa dan tidak mempamerkan carta organisasi.
Pengendali klinik juga tidak menyimpan atau menyenggara daftar kehadiran, rujukan dan kematian pesakit termasuk rekod kesihatan pesakit, tidak menyediakan peralatan kecemasan asas dan gagal mematuhi cara pelupusan ubat luput.
Semua kesalahan itu melanggar Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006.
Sementara itu, Pengarah JKNJ, Dr Selahudeen Abd Aziz ketika dihubungi mengesahkan penutupan klinik itu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Februari 2019 @ 7:30 AM
2019 Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd. |
|
|
|
|
|
|
|
NOTIS penutupan serta-merta ditampal di klinik terbabit. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kkm xde buat audit utk klinik? |
|
|
|
|
|
|
|
choii igtkan beratur beli McD..haha kan ada promo 2 set tapi 20 inget je. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah beli MC..seumur hidup keja
kalu pun sakit aku amik sari je mc
taksuka mc..sakit jgn buat tipu2 ooo...skli Allah bgi sakit betul2 baru tau langit tinggi rendah |
|
|
|
|
|
|
|
since 1975 sampai 2019 = 45 tahun...baru ade tindakan?
bleh masuk Malaysian Book of Records...ehehehe...tp xde rekod kematian tu semua..oh, my...ade kemungkinan serial killer pun bleh terlibat??.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu klinik panel I tiap kali pergi jumpa doktor dia tanya... "Nak MC? "
3-4 kali kena terus I tak pergi klinik tu lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu spot check MC staff...yang menipu MC pi kerja tempat lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana pendapatan nak berkat kalau MC pun menipu |
|
|
|
|
|
|
|
klinik kt mana ni
yg dtg cuma nk MC jerk pun
bukan nk ubat sbb tu ler ada sape kisah kotor, ubat da expire ke |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe: ingat kat gombak tadi
Sama la baca tadi ingat yg kat gombak tu hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ada majikan sekongkol dgn klinik panel jgn bagi mc. Merangkak bertongkat menggigil pi kerja dipaksa kerja spt org sihat. Kepala mereng cakap merapu2 kepala pusing. Muntah2 depan ofis padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan tipu MC, gaji tak berkat |
|
|
|
|
|
|
|
Klinik mcm ni kut yg didakwa antivax, bayar je terburai keburukan vaccine... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah 14 tahun Tak jejak klinik swasta, sangguplah berkuntum 2 jam Kat kk dari bergaduh dgn gp bila ditanya Tak boleh jwb. Most gp ni mulut manis, baik sgt dari doc Kat kk yg suka bebel bila result darah Tak cantik, tapi Saya sanggup kena bebel dek Dr Kat kk sbbnya bebel berisi, Tak de Suh den ambik supplement yg dia jual. |
|
|
|
|
|
|
| |
|