|
Seorang wanita mengalami pendarahan serius selepas kepalanya dihentak dengan pinggan kaca oleh abangnya.
Memetik Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam pada Isnin di sebuah rumah di Taman Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus.
Gambar Hiasan
Kejadian dipercayai berpunca akibat suspek yang tidak tahan mendengar suara adik perempuan berusia 25 tahun dan ibunya bersembang di ruang tamu.
Difahamkan, ketika rancak bersembang, suspek tiba-tiba muncul dan menyuruh mereka diam.
Bagaimanapun, suspek yang tidak berpuas hati mengikut adiknya masuk ke bilik sebelum menghentak bahagian kiri kepala mangsa dengan pinggan kaca yang diambil dari dapur.
Menurut sumber, ibu mangsa membawa wanita itu ke Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) dan menerima enam jahitan.
Mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya dan khuatir kejadian sama berulang membuat laporan polis, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|