|
Umum mengetahui Mawar Rashid atau dikenali dengan nama manjanya Mekwa sedang sarat hamil anak pertamanya dengan Raden Yaakob.
Biarpun dalam keadaan sebegitu, Mawar masih meneruskan kudrat untuk menghabiskan diplomanya dalam bidang pengurusan perniagaan di Management & Science University (MSU).
Kredit foto: Instagram
Beberapa hari lepas, akhirnya Mawar memuat naik foto-foto graduasinya bersama suami dan keluarga di laman Instgram. Peminat teruja melihat Mawar yang sedang berbadan dua memakai pakaian graduasi dan tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat bakal ibu itu.
Kredit foto: Instagram
Mawar juga ada menyatakan dia berkemungkinan akan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas ini jika diberi peluang.
Di samping itu, Mawar kelihatan gembira dan berpuas hati dengan bajunya yang dipakai sewaktu graduasi serta turut meletakkan tag nama pereka tersebut di instagramnya.
Namun, peminat melihat ada yang tidak kena pada rekaan busana berwarna merah yang dikenakan Mawar. Sekali pandang, ia betul-betul kelihatan seperti gaun tidur.
Kredit foto: Instagram
Peminat tidak menafikan Mawar seorang yang cantik tidak kira baju apa yang dipakai sekalipun, tetapi baju tersebut nampaknya sangat tidak sesuai untuk majlis graduasi.
Menurut komen-komen yang diberikan, fesyen rekaan yang mempunyai renda di bahagian atas membuatkan ia kelihatan seperti bikini dan gaun tidur.
Justeru, kepada pereka fesyen di luar sana, selepas ini mungkin boleh lebih peka terhadap kesesuaian busana bagi setiap majlis.
Apa-apapun, tahniah sekali lagi diucapkan buat Mawar Rashid atas kejayaan menamatkan diploma! Jom layan foto-foto graduasi Mawar.
Kredit foto: Instagram
Cantik sungguh Mekwa ni. Betul ke macam baju tidur busananya tu? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|