CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10266|Reply: 59

Ini Gambaran Sebenar "Dangau Itu Syurga Kami ", Kes Viral Kehidupan D

[Copy link]
Post time 7-3-2019 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Kisah kehidupan masyarakat yang tidak berkemampuan sentiasa menarik hati masyarakat Malaysia yang prihatin dan murah hati. Kisah-kisah begini akan menarik hati-hati para dermawan untuk menyumbang bagi meringankan bebanan kehidupan individu berkenaan. Susulan kisah yang tular baru-baru ini, penulis cuba mendapatkan gambaran sebenar kehidupan keluarga ini serta mengenalpasti apa bantuan yang seharusnya disalurkan kepada keluarga ini.







Bagi sesiapa yang berkelapangan, bolehlah menziarahi keluarga ini. Lokasinya adalah di Batu 14 1/2, Kampung pecah Gadong, Jalan Kuala Nerang, 06200 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.


Keluarga ini mempunyai lima (5) orang anak, namun anak pertama dan kedua tinggal di asrama serta dibiayai sepenuhnya. Sebelum kisah ini tular, keluarga ini telah menjadi perhatian pelbagai pihak, antaranya, klinik kesihatan, pejabat daerah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat terutama keprihatinan terhadap kebajikan ahli keluarga ini.


Terdapat beberapa isu yang tidak disebarkan demi menjaga air muka keluarga ini. Bagi menjaga kebajikan keluarga ini, pihak terlibat telah beberapa kali datang melawat keluarga ini terutama berkaitan dengan bayi mereka sejak dari masa ibunya mengandung lagi. Bantuan pembayaran sewa rumah juga telah ditawarkan JKM sejak tahun lepas lagi tetapi keluarga ini masih tidak mencari rumah sewa.


Agak-agaknya, susah nak cari rumah sewa kawasan ni? Bantuan bina baru rumah tidak dapat dipertimbangkan sejak awal lagi dengan mengambilkira ketua keluarga yang masih muda, sihat dan mampu bekerja. Tapi memang untung kalau siapa yang dapat bantuan bina rumah ni, rumah lengkap percuma, tak perlu dah fikir komitmen bayar pinjaman sampai 30 tahun. Oleh itu, bantuan bina baru hanya dipertimbangkan bila melibatkan orang yang sangat-sangat tidak berkemampuan.



Lokasi pondok ini adalah di atas sebidang tanah yang agak besar yang asalnya dimiliki oleh datuk kepada isterinya serta turut menempatkan 3 buah rumah lain lagi iaitu rumah abang, rumah ibu bapa /ibu saudara dan bapa saudara. Keadaan tiga rumah yang lain adalah selesa dan selamat diduduki, sangat jauh berbeza dengan pondok ini yang serba kekurangan.







Ini adalah rumah abangnya yang terletak hanya bersebelahan sahaja. Maklumat yang diterima, rumah ini dibina oleh agensi kerajaan, kerana kes viral kehidupan pondok daif , seakan-akan kes ni juga.








Ini pula rumah yang diduduki oleh ibu, bapa, ibu saudara serta keluarga. Daripada penceritaannya, asalnya Mohd Ridzuan dan keluarga menetap di sini sebelum berpindak ke pondok tersebut. Rumah ini juga telah menerima bantuan baik pulih bumbung secara keseluruhannya oleh Pejabat Daerah.








Ini pula adalah rumah milik bapa saudaranya. Memang besar tanah lot ni. Memang banyak lagi rumah boleh dibina. Dan sebenarnya, banyak lagi aktiviti menjana pendapatan yang boleh dilakukan bagi tanah yang sebesar ini.









Walaupun terdapat dapur kayu api, ianya hanya digunakan untuk memasak air sahaja, ini diceritakan oleh isteri Mohd Ridzuan sendiri. Aktiviti kehidupan utama seperti memasak makanan dan membasuh dilakukan di rumah ibu bapa yang terletak bersebelahan pondok ini.



Kita seharusnya meraikan sifat keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan. Diharapkan tiada pihak tertentu yang mengambil kesempatan meraih pendapatan lumayan sama ada individu atau pun organisasi. Semoga keluarga ini dapat mencari rumah sewa yang lebih selesa secepat mungkin, juga pekerjaan yang lebih stabil kerana bayaran sewa bulanan sudah ditawarkan oleh agensi kerajaan bagi pihak keluarga ini. Alhamdulillah, seluruh ahli keluarga ini dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Luasnya tanah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 03:54 PM | Show all posts
sihat tubuh badan dah kenapa malas nak buat kerja lebih

bangla kat site aku neh buat sampai 2 3 kerja

awal pagi pergi uli roti lepas tu kul p masuk kerja kat  site

rasa cam pernah kuar dah kat porem cite pamily neh

rasanya dulu cam dah keji
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 03:54 PM | Show all posts
kenapa ketua keluarga tak bekerja kah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang mindset mmg nak hidup macam tu..

Rasa berdosa agaknya kalau hidup senang
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia ni mmg menjadi topik hangat org2 sebelah sini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia ni mmg menjadi topik hangat org2 sebelah sini...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanah ada.. plg basic bercucuk tanam.. tu plg basic la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang cerita dia ni pemals. Harapkan bantuan kerajaan tp tak da usaha nak majukan diri. Area sp berlambak kilang ko leh kerja .Bini pun boleh je blajar masak jd tukang masak kat kedai mana2. Banyak dah jumpa org kedah lagu ji. Pemalaih nak mmpuih. Dah miskin hasad dengki tak berkurang kat org.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 04:30 PM | Show all posts
agak nya sbb sedara mara adik beradik yg lain pun dapat bantuan buat rumah, so duduk lah mcm tu supaya dpt bantuan buat rumah jugak... boleh tak speku mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya tanah luas. Bole tanam macam2 sayur &  ternak kambing & ayam.
Tanaman ni, kalo dijaga elok2 memang bole buat duit. Tempat pucca dok ni, hujung minggu ada la makcik pakcik niaga bentang tikar, jual ulam2 & buah2 yg terlebih2 yg ada kt kebun diorang
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Igtkan pondok tu ats tnh org. Tp ats tnh sendiri. Motiff mls sgt? Ko tanam la cili api sayur2 buat kolam bela ikan itik. Adoii kalau aku dpt tanah luas mcm ni, licin aku kejekan jd kebun syur
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka komen dr mufti perlis dr maza..  Kebanyakan asnaf yang terima zakat sebenarnya x layak terima zakat. Sebab musababnya, bila pihak berwajib pegi hantar bantuan zakat, ketua keluarga yg sepatutnya keluar bekerja ada je melangut kat rumah. Tak cukup dgn melangut, ada pulak rokok di tangan katanya..  Sihat tubuh badan, tak bekerja. Ini lebih pd sikap masing2..  
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:05 PM | Show all posts
eh ehh kau ni pemalasnye.. tengok gambar badan pon tough lagi.. lain la klo melekat salur beg kecing kat seluar tuh.. harap nak disuap je
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 7-3-2019 04:48 PM
Igtkan pondok tu ats tnh org. Tp ats tnh sendiri. Motiff mls sgt? Ko tanam la cili api sayur2 buat k ...

Tanah elok subur tp pemalas tal nak kerja kan. Ap lh sgt modal biji benih kat kedai 2 hengget berlambak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 7-3-2019 05:10 PM
Tanah elok subur tp pemalas tal nak kerja kan. Ap lh sgt modal biji benih kat kedai 2 hengget berl ...

Tau xpe. Dari duk melangut ngeseks baik ko cangkul tanah. Ckp psl cangkul teringat kisah dongeng sorang bapak yg ckp ade harta karun kt dlm tanah. Suh ank cangkul sampai jumpa tp xjumpa. Rupanya tu trick bpk dia je suh ank dia bercucuk tanam. Agknya spesis ni kena buat mcm tu kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 05:44 PM | Show all posts
Nak kerja di kuala nerang saja kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
la.. abg dia pun dulu duduk dangau ke. ni sekeluarga memang suka duduk dangau kot. cari la ape2 keje, berniaga sayur2 ke, tanam kat tanah yang luas tu. sanggup biar anak bini duduk macam zaman paleolitik ape punya suami ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai anak 5 dah cik abang oiiiiii masih nak dok takuk lama lagi ka??
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
fahdramli replied at 7-3-2019 04:09 PM
Kalau dia ni mmg menjadi topik hangat org2 sebelah sini...

kenapa?? nak tau jugak kisah sebenarnya kenapa duduk kat dangau ni walaupun anak dah berderet2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 28816 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 28399 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40835 Replies : 314
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275566 Replies : 8029
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96815 Replies : 988
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 23352 Replies : 436
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145363 Replies : 2457
Letupan internet, Jay-Z didakwa merogol gadis 13 tahun bersama Sean 'Diddy' Combs lebih 2 dekad lalu
maklukpenggodaLetupan internet, Jay-Z didakwa merogol
Views : 37460 Replies : 53
[ILMU MUDAH]: Cacing Kerawit
ipes2[ILMU MUDAH]: Cacing Kerawit
Views : 40433 Replies : 1
Tidak boleh jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam - MBSA
ultra78Tidak boleh jual daging babi, makanan ti
Views : 46265 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.340453 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list