Vokalisnya, Tomok berkongsi di Instagram mengenai pengakuan salah seorang peminatnya yang pernah membaling telur ketika Newboyz membuat persembahan di Plaza Kota Tinggi, Johor sekitar 1999.
Menurut Kamarul Ariffin Nor Sadan atau lebih dikenali sebagai
Dr Chaku yang gemar menulis kisah seram, dia dan rakan-rakannya ketika itu berniat mensabotaj persembahan Newboyz.
Apa yang melucukan, dalam pada membenci kumpulan itu, Dr Chaku akui 'melayan' lagu-lagu Newboyz.
Sudah lama bertapak dalam industri hiburan tanah air, Tomok kini lebih matang dan dengan ikhlas memaafkan kenakalan Dr Chaku dan rakan-rakannya ketika itu.
Ramai peminat dan pengikut Tomok terhibur dengan pengakuan Dr Chaku, selain memuji tindakan beraninya meminta maaf walaupun selepas 20 tahun berlalu.
Dengarnya, ada kes lain selain baling telur. Betulkah?
Kredit foto: IG Tomok
Sebab itulah orang kata jangan terlalu membenci, nanti jatuh cinta! -
CARI