View: 17939|Reply: 125
|
REALITI, RAMAI LELAKI PASANG NIAT CARI ISTERI KERJA KERAJAAN & GAJI BESAR, A
[Copy link]
|
|
Edited by toshiro90 at 29-3-2019 08:19 AM
Apa pendapat akak2, makcik2, aunty2, awek2 sekalian?.....
Dalam mencari pasangan untuk dijadikan suri hati, tidak dapat dinafikan ada lelaki yang jenis yang suka mengambil kesempatan, mencari isteri yang berpangkat, kerja kerajaan dan bergaji besar untuk menumpang senang dan goyang kaki.
Bila memiliki isteri yang ekonominya stabil, ramai suami yang melepaskan tanggungjawab dan sering mempergunakan isteri demi kepentingan diri sendiri.Meskipun tak semua lelaki mempunyai tujuan begini ketika berniat untuk berkahwin, namun realitinya golongan ini memang wujud.
Bila berbual dengan kawan-kawan bujang. Kebanyakkan berhasrat mahu cari isteri berpangkat guru atau pekerjaan dalam sektor kerajaan. Termasuklah minta ‘matt tolong carikan aku doktor perempuan, kau mesti ada kawan-kawan doktor yang belum kahwin. best sikit isteri doktor ni,gaji besar”.
Alasannya senang nanti guna nama isteri buat loan kereta atau rumah. Atau senang cerita ada peluang nanti boleh goyang kaki.* sambil gelak melawak.
Pada awalnya memang mahu melawak. Tapi realitinya inilah yang berlaku hari ini. Isteri yang bergaji besar 5,7k ni akan jadi mangsa oleh suami yang memang jenis goyang kaki. Dalam diam boleh pula kahwin sorang lagi, ini realiti.
Saya kata kepada mereka. Jika itulah tujuan korang mahu beristerikan pekerja kerajaan. Makin ramailah lelaki dayus. Makin ramailah suami abaikan dan mempergunakan isteri demi kepentingan diri sendiri
Korang perlu ingat. Tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal,pakaian,peralatan mandian,makan minum,bil-bil air, perbelanjaan anak-anak ke sekolah, perbelanjaan ketika isteri sakit,bayi baru lahir,bil-bil hospital,ubatan di klinik hatta tuala wanita juga tanggungjawab suami.
Ada yang beranggapan dan mengambil kesempatan apabila isteri bergaji besar, maka tanggungjawab tersebut perlu diagihkan kepada isteri juga. Ini sebenarnya dosa bagi suami.
Jika basic pun korang tidak faham tanggungjawab sebagai seorang suami, bagaimana untuk bina keluarga yang bahagia dan tunai tanggungjawab yang paling besar untuk bimbing isteri dan ahli keluarga masuk syurga?
Saya tambah lagi. Kita berkahwin perlu serius, perlu ada matlamat yang jelas, perlu letakkan diri dan jiwa kita untuk pasangan dan abdikan diri kita kepada Allah, bukan jadikan mereka ‘hamba abdi kita. Ketua keluarga yang baik akan berusaha dari masa ke semasa supaya diri aku ini bermanfaat buat pasangan dan ahli keluarga.
-EncikMatt- #LelakiBurQa
Buat wanita yang masih belum berkahwin, hati-hatilah dalam memilih lelaki untuk dijadikan suami dan teman hidup. Kenali pasangan luaran dan dalaman sebelum membuat keputusan besar untuk berkahwin.Semoga para wanita dijauhkan daripada mendapat lelaki yang jenis goyang kaki dan hanya menumpang senang isteri.
Buat para lelaki yang bakal menjadi suami, berusahalah atas kaki sendiri, jadilah lebih bertanggungjawab dan perbetulkan niat untuk berkahwin.Jadikan perkongsian pandangan ini sebagai panduan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nampak2 titik2 je tt oii |
|
|
|
|
|
|
|
bukan takat laki....mak2 pun ramai macam tu. kalau boleh nak menantu keje gomen senang idup katanya..amboiiiii. pastu pulak nak cikgu...keje separuh hari je katanya,...amboi lagi...lupa pulak anak dia tu keje pun idakkkkk. |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki tak guna mcm ni ramai sgt kt m'sia ni...cikgu2 nurse2 prempuan yg slalu jd idaman lelaki2 xguna mcm ni...lelaki mcm ni tak sepatutnya kawin dr awl |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-3-2019 01:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Catpaw replied at 28-3-2019 11:15 AM
nampak2 titik2 je tt oii
Ok...baca atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
toshiro90 replied at 28-3-2019 01:39 PM
Ok...baca atas tu
tq tt |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-3-2019 01:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
senahitam replied at 28-3-2019 11:58 AM
bukan takat laki....mak2 pun ramai macam tu. kalau boleh nak menantu keje gomen senang idup katanya. ...
Yup betul haha... Klau perempuan kasi harga hantaran tinggi pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-3-2019 02:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mawar_mustika replied at 28-3-2019 11:59 AM
lelaki tak guna mcm ni ramai sgt kt m'sia ni...cikgu2 nurse2 prempuan yg slalu jd idaman lelaki2 xgu ...
Kesian kan |
|
|
|
|
|
|
|
ini namanya mak xsedar diri
|
|
|
|
|
|
|
|
yang paling tak boleh blah, sikit-skit guna alasan agama
kena taat kepada suami
syurga dibawah kaki suami (??)
tak boleh melawan, jadi isteri durhaka
suh buat itu ini, alasan nak kasi pahala kat isteri
suami tu pun dok umah goyang kaki, tanggungjawab sendiri kat family pun tak pernah kisah, pastu ada hati fefeeling nak jadi tuhan
tak tau mana silapnya, makin ramai lelaki islam dalam negara islam dah lupa tanggungjawab, asyik la nak jadi tuhan
|
|
|
|
|
|
|
|
ni namanya jantan terbangsat.. tau nak goyang telur je kat rumah..elok hidup sorg je dari jadi mangsa byr hutang laki dan mak mertua tak sedar diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal tulisan kecik sgt tu..nk baca pn tk jelas...
Lelaki kalau jenis ada niat mcm ni...tk lama lah...msti gaduh je bila kawin..... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-3-2019 06:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mawar_mustika replied at 28-3-2019 03:17 PM
my sister one of the mangsa....pinjaman rmh atas nm my sister tp rumah atas nm bersama..time byr i ...
Kesian akak you...tu la sy sbgai lelaki pon mcm menyirap je yg jenis ambik kesempatan ni....buat isteri mcm hamba abdi pulak...sebab tu zaman sekarang org perempuan bnyk berdikari,ade kerjaya sendiri n pandai cr duit sendiri...kot2 ade kes2 yg x diingini mcm perangai suami boleh fikir jalan lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-3-2019 06:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
smurfetz replied at 28-3-2019 04:43 PM
yang paling tak boleh blah, sikit-skit guna alasan agama
kena taat kepada suami
syurga dibawah k ...
Yup pakai agama,tp yg pihak lelaki pulak kena ingat part dorang dlm agama sbg suami jugak kan..nafkah zahir n batin compulsory kpd isteri,apatah lagi ambil/pakai duit isteri (melainkan isteri kasi)... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-3-2019 06:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cahaya_almas replied at 28-3-2019 05:55 PM
Apasal tulisan kecik sgt tu..nk baca pn tk jelas...
Lelaki kalau jenis ada niat mcm ni...tk lama ...
Kecikkk???nak.besar mana lagi?haha |
|
|
|
|
|
|
|
realitinya mmg betul pun
zaman skang kalo korang masih lg jd andartu, jgn la sedih
lagi sedihhhhh kalo dpt laki biawak hidup
tp bini2 yg membela biawak ni, hakikatnya diorg MALU tau nk mengaku yg diorg x bahagia..ye la kan,asalkan berlaki katanya...demi biawak, pun sanggup berkorban jiwa raga gittuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-3-2019 09:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_premierleag replied at 28-3-2019 07:07 PM
realitinya mmg betul pun
zaman skang kalo korang masih lg jd andartu, jgn la sedih
lagi sedihhhhh ...
Tu la..xpaham betul dgn kebanyakan perempuan ni...asal berlaki...merenyam sngt nak kawin...takut sangat xkawin,smpai asal boleh je...tngok kat page krt byk kes2 mcm ni...bnyk dr kaum2 hawa je masalah nya... |
|
|
|
|
|
|
|
senahitam replied at 28-3-2019 11:58 AM
bukan takat laki....mak2 pun ramai macam tu. kalau boleh nak menantu keje gomen senang idup katanya. ...
Setuju,,, i pernah kena macam ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|