View: 8263|Reply: 47
|
"Kenapa Asyik Saya Dikaitkan Dengan Cerita Buruk?" - Fizz Fairuz Bagi
[Copy link]
|
|
Usahawan dan pelakon Datuk Fizz Fairuz terkilan kerana dirinya sering dikaitkan dengan cerita buruk terutama fitnah kononnya dia ditangkap khalwat, baru-baru ini.
Kredit foto: IG Fizz Fairuz
Berkata kepada Harian Metro, Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, menggesa pihak bertanggungjawab menyebarkan fitnah kononnya dia merupakan lelaki bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat di Pulau Perhentian, baru-baru ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Saya hairan juga dalam banyak artis yang dapat gelaran Datuk, kenapa asyik saya dikaitkan dengan cerita buruk?
"Apakah ada tertulis di dahi saya, perkara yang membabitkan maksiat, orang itu adalah saya dan cerita pun tersebar," katanya yang memberi masa seminggu untuk individu terbabit meminta maaf secara terbuka.
Fizz menyatakan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika individu terbabit berdegil dan cuba 'menegakkan benang yang basah'.
"Apa yang membuatkan saya marah kerana pihak berkenaan (pemilik Instagram) memuat naik foto untuk laporan berita itu.
"Sudahlah terang-terangan memfitnah tanpa usul periksa, suka-suka hati mengaitkan saya pada cerita yang memang tak betul.
"Saya ada ibu bapa dan keluarga yang maruah mereka harus dijaga. Imej saya juga secara tidak langsung turut tercalar," katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa sama, Fizz mempersoalkan sama ada tindakan menyebarkan fitnah itu dilakukan untuk mengejar populariti atau meraih jumlah pengikut.
Sehingga kini, peguamnya sudah 70 peratus dapat mengenal pasti pemilik Instagram termasuk netizen yang meninggalkan komen mengaitkan dirinya dengan kes itu.
Fizz bagaimanapun menyatakan kesediaannya bersemuka dengan pihak terbabit sekiranya ingin memohon maaf.
"Bagaimana caranya, terpulang pada mereka sama ada mahu hubungi saya atau menghantar mesej langsung (DM) di media sosial," ujarnya yang nekad mengambil tindakan untuk memberi pengajaran kepada penabur fitnah dan seangkatan dengannya kerana golongan itu disifatkannya semakin melampau.
Tertanya-tanya juga, kenapa orang suka kaitkan cerita negatif dengan Fizz? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape yang up di ig tu.....lantak ko la |
|
|
|
|
|
|
|
naseb laa. sape suruh buat hal dlu. |
|
|
|
|
|
|
|
apa la cerita kat benang delete tu |
|
|
|
|
|
|
|
ig makcik puaka pun dah lenyap |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu ke ig makcikpuaka ttetibe ilang dr radar? |
|
|
|
|
|
|
|
I miss makcik puaka |
|
|
|
|
|
|
|
tintin22 replied at 11-4-2019 12:51 PM
apa la cerita kat benang delete tu
Patutlah cari xde... |
|
|
|
|
|
|
|
laaahaha tu la psl sapa suruh mengumpat tak nyempat2. kan dah kena |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tak tuduhla.. Orang speku jaah.. Kalau bukan, cakap jalah bukan saya.. Tok pizz peruz ni sensitip ngat |
|
|
|
|
|
|
|
Dkt ig makcikpuaka tu xda pun tulis c piss ni yg kena tangkap khalwat.. semua pun tertanya2 berteka teki..
Kat news pun kata datuk seri bukan "datuk".. so kalo bukan engko, rileks suda..
Dah nama pun gosip, ok la masi org ingat kat engko. kalo x, xda nya nama ko nak naik kat mana2 blog or porum.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan....
tapi rasanya Dato ni sentap dengan nitizen yg speku tu kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aik, dah jadi trend pulak retis nak saman2 orang. Banyak sgt gamaknya duit diorang ni. So lepas ni takbleh la nak kata industri seni makin merudum, retis tak cukup makan yadayada |
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 11-4-2019 12:52 PM
sbb tu ke ig makcikpuaka ttetibe ilang dr radar?
La dah hilang ke? Nampak sgt la akak dah lma xbukak. |
|
|
|
|
|
|
|
Org speku. Xda bukti wat tak tau ler. Dah ig makcik puaka xda. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila dia ni Datuk Seri? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perasan pun aku ig makcikpuaka n kaumkerabat dia dah hilang.
Makcikpuaka tu pun satu, sejak2 popularity melonjak kdg2 berlagak dia pun reply kat followers..bila acah nak kena saman, tau pulak kecut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|