Selepas Cik Epal memuat naik video berkenaan, Carl memadam semua tuduhan (posting dan story) terhadap Cik Epal di Instagram. Dia kemudian memuat naik pula permohonan maaf. Amboi senang saja, kan?
Ramai juga yang tertanya-tanya bilalah mereka ini nak masuk mahkamah? Asyik berbalah di media sosial saja. Jangan risau, pihak Cik Epal dikatakan sudah menghantar surat saman kepada mereka.
Tapi itulah, pihak sana masih belum membalas 'surat cinta' daripadanya.
Foto: Instagram
Nasiblah, Carl. Kali ini salah pula 'sarang tebuan' yang dia jolok. Biasa kena madu, kali ini terkena #misijerijibesi.
Kita sebagai rakyat marhaen nak buat apa? Tengok sajalah siapa betul dan siapa salah di pengakhirannya nanti. Memang betul misi Cik Epal nak 'bogel'kan Carl ini. Perang sampai tinggal spender katanya.
Sediakan bertih jagung masing-masing, ya. Musim pertama Drama Cik Epal vs Carl baru sahaja habis. -
CARI