Edited by OttoVonBismark at 16-4-2019 10:01 AM
Siapa yang tak kenal dengan Pocahontas. Bagi kanak kanak yang membesar diera 90an memang amat mengenali nama Pocahontas dengan karektor yang dilukis oleh Disney's. Kita kenal dia dengan cerita keberanian dia menyelamatkan English Colonist, dan jatuh cinta dengan sorang english man yang diselamatkan tu sendiri.
Jadi hari ni pak cik Otto nak menukil kebenaran disebalik cerita romantik yang jauuuhhhh tak romantik langsung, malah kejam dan sangat menyedihkan. Macam biasa aku cakan ringkaskan cerita selagi mana yang boleh.
Pocahontas dilahirkan sekitar tahun 1596. Bapanya, Chief Powhatan adalah "ruler" kepada 30 puak indian lain di Tidewater, Virginia. Semasa dilahirkan, Pocahontas dinamakan Matoaka yang bermaksud "Bunga diantara dua sungai". Manakala nama pocahontas tu cuma nama timangan dia je kalau kita nickname la yang bermaksud "playful".
Masa Captain John Smith menjejakkan kaki ke tanah Powhatan masa ni, Pocahontas baru je 9 tahun. Captain John Smith ni jahat. Dia ugut dan paksa orang red indian puak Powhatan kat situ untuk bagi dia bekalan makanan dan air untuk krew dia. Later... bila puak powhatan dah marah sangat diorang tangkap Captain John Smith ni. Masa ni lah bermulanya dongeng yang mengatakan Pocahontas selamatkan John Smith. Hakikatnya, Pocahontas tak ada kena mengena sikit pun dalam kejadian ni.
Pocahontas dengan John Smith ni kenal masa dia selalu hantarkan makanan kepada colonist english di Jamestown. Even dia selalu pegi ke colonist ni, bukan sorang sorang. Dia ditemani oleh beberapa orang pengawal tribe dia. Dan dalam masa ni lah dia kenal rapat dengan John Smith. Pocahontas dilihat membawa simbol keamanan antara puak Powhatan dengan colonist English. John Smith masa ni umur dia pun dalam lingkungan 30an dan pocahontas pulak anggaran umur 9 ke 10 tahun.
Pada tahun 1610, Pocahontas dinikahkan dengan salah seorang lelaki dalam puak dia name Kocoum. Hasil dari perkahwinan mereka berdua ni, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Pada masa yang sama, waktu ni terjadinya konflik diantara puak Powhatan ni dengan colonist english. Berbalah pasal berebutkan hak supply diantara diorang ni.
Pada tahun 1613, berikutan pertelingkahan antara puak Powhatan dengan english colonist, Pocahontas telah diculik oleh Captain Argall dan dijadikan tebusan. Suaminya Kocoum, telah dibunuh dan semenjak hari tu, dia tak pernah lagi berjumpa dengan anak perempuan dia. Kejam kan ? Dia ditahan diatas kapal puak puak english ni hampir setahun, dan dipercayai Pocahontas menjadi mangsa rogol oleh krew krew kapal. Dalam masa ni Pocahontas dipercayai mengidap depresi yang amat teruk.
Sepanjang ditahan diatas kapal, dia dipaksa mempelajari bahasa inggeris bagi memudahkan dia berkomunikasi dengan krew kapal. Pada 1614, Pocahontas dikonverkan keagama kristian, dan diberinama Rebecca. Keamanan tiba tiba je tercapai bilamana diorang kahwinkan Pocahontas dengan sorang peladang english name John Rolfe. Pocahontas sempat ajarkan Rolfe ni macam mana nak healkan luka dengan menggunakan daun tembakau.
Selepas perkahwinan paksa ni, Pocahontas tak lagi dibenarkan pulang ke tanah asal dia untuk berjumpa dengan family dia. Never ! Bapa pocahontas sendiri pun tidak dibenarkan untuk datang tengok anak perempuan dia kahwin, semasa istiadat perkahwinan beliau dengan John Rolfe ni diadakan, sebagai tanda kasih sayang seorang ayah kepada anaknya, Chief Powhatan ni mengirim seutas rantai mutiara sebagai hadiah perkahwinan beliau.
Pada tahun 1615, pocahontas telah melahirkan seorang anak lelaki, tapi masa ni banyak rumor antara krew kapal yang menyatakan anak lelaki pocahontas tu bukan datang dari Rolfe, tetapi hasil dari benih perogol pocahontas semasa dia ditahan. And by that time, Pocahontas ni menjadi contoh terbaik kepada mereka sebagai "civilize savage".
Pada tahun 1616, dia dihantar ke England untuk membuktikan yang pertelingkahan antara puak native situ dengan colonist dah settle dan sekaligus menjadikan dua puak ni "bersahabat" . Jahatkan ? Bilamana tiba di England, Pocahontas ni dilihat sebagai seorang yang bijak, pandai mengenakan pakaian yang sesuai dengan majlis majlis inggeris dan fasih dalam bertutur bahasa inggeris.
Dia dipersembahkan sebagai "Anak Raja" dan dilayan sebagai orang orang besar dan kenamaan. Sama ada ditempat tempat awam, dimajlis majlis orang yang ada ada, Even King James sendiri pun impress dengan perwatakan dan penampilan Pocahontas ni. Bila dah selesai semua kerja kerja dia di England sebagai "tanda persahabatan", Pocahontas akhirnya bagitau kepada suami dia Rolfe yang dia nak balik semula ke tanah asal kelahiran dia dan jumpa semula dengan keluarga dia di Virgina.
Pada tahun 1617, kapal mula berlayar dari England menuju ke tempat asal Pocahontas di Virginia. Tapi....... Pocahontas tak sempat sampai ke sana....
Lepas makan malam diatas kapal, tiba tiba Pocahontas jatuh sakit. Kesakitan yang ditunjukan oleh beliau sangat teruk, dan meninggal dunia diatas kapal yang sedang belajar balik kerumah dia pada usia 21 tahun. Suami baru mat saleh dia Rolfe claim yang dia mati sebab penyakit tuberculosis, satu jangkitan kuman yang masuk kedalam paru paru. Tapi ramai yang syak sebenarnya Pocahontas ni kena racun.
Pocahontas disemadikan di Kent, England. Pelakon Glenn Strange dan juga isteri president amareka Edith Wilson dipercayai antara keturunan pocahontas.
Begitulah kisah tragik dan menyayat hati seorang lagenda native amareka Pocahontas, mati diusia yang sangat muda dek kerana cuba berbaik baik dan mencari keamanan dengan colonist britsh pada waktu itu. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.
- Otto Von Bismark -
|