Baru-baru ini, tular di media massa mengenai sepasang pengantin yang dikatakan melangsungkan perkahwinan mereka dalam kostum adi wira Power Rangers.
Pengantin lelaki dengan pakaian Blue Rangers, manakala pengantin wanita pula sebagai Pink Rengers, siap dengan kelubung!
Kredit foto: Facebook
Susulan tularnya gambar tersebur, ramai netizen mengeji dan mencaci pasangan itu kerana dikatakan melupakan adat resam dan kebudayaan Melayu.
Selain itu, ada yang mengkritik pemilihan pakaian yang menutup wajah kerana ianya tidak menepati tujuan persandingan iaitu memperkenalkan rupa paras pasangan bagi mengelakkan fitnah di kemudian hari.
Kredit foto: Facebook
Kredit Foto: Facebook / Says.com
Susulan pelbagai komen berbaur negatif, pasangan yang disandingkan di UTC Datuk Keramat pada 13 April itu tampil memberikan penjelasan.
Kredit foto: Facebook / Says.com
Menurut pasangan itu, mereka telah pun melangsungkan perkahwinan secara penuh beradat pada 3 Mac lepas termasuk majlis pernikahan dan majlis bertandang pada 30 Mac.
Bagaimanapun, majlis di UTC pada 13 April itu adalah sebahagian daripada gimik penganjur Collectors' Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL5), 2019.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Mereka bersetuju diraikan penganjur kerana pasangan itu sendiri adalah peminat permainan cosplay dan mula berkenalan ketika mengunjungi CTFKL3 (2016) dan CTFKL4 (2018).
Turut sama memberikan penerangan ialah Wan Kedah, penganjur pameran cosplay tersebut.
Kredit foto: Facebook
Pasangan itu berharap dengan penjelasan ini, netizen tidak lagi melemparkan cacian kepada mereka berdua dan menganggap gambar itu hanyalah sebagai satu hiburan. - CARI |