Seorang peguam membidas jalan cerita dalam episode terakhir drama bersiri Nur 2 apabila seorang watak perempuannya (Juita) ditahan kerana didakwa merogol seorang watak lelaki (Ustaz Adam).
Kredit foto: Carian Google
Menurut penguam, Nor Zabetha yang dipetik melalui Facebook Tanya Peguam Anda, walaupun memahami drama itu hanyalah fiksyen, ianya perlu diolah dengan tepat supaya tidak merosakkan fahaman awam.
Kredit foto: Carian Google
"Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang wanita ditangkap didakwa atau disiasat kerana merogol lelaki, selama 10 tahun saya beramal sebagai peguam," tulisnya. Oleh itu babak Juita ditangkap kerana merogol Ustaz Adam adalah salah dari segi perundangan negara kita," tambahnya.
Kredit foto: Carian Google
Menurutnya lagi , dalam Kanun Keseksaan, definisi rogol di bawah Seksyen 375 ialah apabila pelaku (his/lelaki) mengadakan hubungan seks dengan mangsanya (her/wanita) tanpa kerelaannya, dan bukan sebaliknya.
Polis dalam cerita itu juga dikatakan kurang mengetahui perundangan apabila tidak menegur kesilapan Ustaz Adam ketika beliau membuat laporan.
Kredit foto: Facebook
Untuk memperbaiki jalan cerita, peguam Nor Zabetha berkata penulis skrip sepatutnya boleh menggunakan perbuatan Juita yang memasukkan dadah dalam minuman Ustaz Adam untuk membuat laporan dan dakwaan dan bukannya merogol.
Sebagai maklumat tambahan, peguam itu juga memuatnaik petikan undang-undang yang berkaitan untuk membuktikan hujahnya.
Kredit foto: Facebook
Nampaknya, begitu hebat penangan Nur 2 sehinggakan para peguam juga berminat untuk mengkaji ketepatan jalan ceritanya. Sebelum ini, banyak babak dalam drama tempatan dipertikai jururawat dan doktor kerana menggunakan terminologi dan rawatan yang salah ketika adegan di hospital.
Kredit foto: Carian Google
Persoalannya, perlu ke drama tempatan ambil kira faktor logik atau cukuplah sekadar untuk menghiburkan penonton? -CARI |