Masihkah anda ingat kepada adik Ainul Mardhiah yang menghidap penyakit Germ Cell Tumor?
Berita tentang adik Ainul mendapat perhatian seluruh Malaysia kerana umurnya yang masih muda dan lebih kasihan, tiada kepakaran di Malaysia yang mampu untuk membantunya sehinggalah kisahnya itu mendapat perhatian Dr. Amalina yang bertugas di United Kingdom.
Sumber Gambar: Sinar Harian
"Terima kasih rakyat Malaysia. Sampai kita bertemu lagi", ujar bapanya Ahmad Safiuddin di laman Facebook milik beliau.
Merujuk kepada sumber Bernama, Adik Ainul dan keluarganya baru sahaja berlepas ke UK pada 11.30 malam 25 Mei untuk menjalani pembedahan di sana.
Turut terbang Bersama Adik Ainul ialah ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24 dan kesemua mereka telah menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH002) dari KLIA. Pembedahan tersebut bakal dilakukan oleh Dr. Amalina dan beberapa doktor pakar di sana.
Semoga adik Ainul pulang dengan selamat dan sembuh daripada penyakit! -CARI |