Edited by OttoVonBismark at 26-5-2019 09:55 PM
Pernah dengar cerita Anastasia ? Seorang anak raja Russia yang berjaya melarikan diri pada malam keluarganya dibunuh dengan kejam. Studio animasi Fox pernah keluarkan cerita pasal dia. Baiklah, kali ini pakcik Otto nak ceritakan tentang sorang sami / pendeta / ahli sihir bernama Rasputin, Grigori Yefimovich Rasputin. Kaitan beliau dengan pembunuhan kejam seluruh keluarga diraja Russia dan bagaimana susahnya dia nak dibunuh.
Ramai dah sedia maklum pasal Rasputin ni. Kumpulan muzik Boney M pun pernah buat lagu pasal Rasputin.
Ok, Rasputin dilahirkan pada tahun 1869 dekat Siberia. Dari keluarga yang miskin ofcourse. Bercita cita nak jadi pendeta atau paderi dalam level agama dia ( kristian ). Semasa remaja dia mengabdikan diri digereja untuk menjadi seorang sami yang berjaya. Tapi tak sempat nak habiskan silibus pembelajaran yang diberikan pihak gereja kepada dia. Pada umur 19 tahun dia berkahwin dan dapat 3 orang anak. Kemudian dia habiskan masa muda dia dengan behijrah dari satu gereja ke satu gereja yang lain untuk menuntut ilmu. Rumor mengatakan yang Rasputin bukan nakkan ilmu dari agama pegangan dia sendiri yaitu kristian ortodok, tetapi lebih kepada nak belajar ilmu hitam dan sihir.
Pada tahun 1903 hingga 1905 ( timeline tak pasti ) Rasputin pindah ke St. Petersburg. Disini dia mula bergerak aktif dalam aktiviti mengubat orang sakit dan sebagai paderi. And he became popular. Masa ni lah dia mula dapat perhatian dari keluarga Tsar Russia, Alexander Nicholas dari keturunan diraja Romanov. Tsar ni gelaran kepada kerabat diraja Russia. Kalau kita di Malaysia Sultan, diorang pulak Tsar.
Kebetulan pulak anak Nicholas II ( Alexander Nicholas ) ni sakit. Anak dia ada penyakit hemophilia. Hemophilia ni sejenis penyakit yang mana darah tak boleh nak produce blod clot yang membuatkan darah kita beku bila ada kecederaan atau pendarahan kat kulit. Menyebabkan pendarahan akan jadi lebih lama nak sembuh sebab darah tak berenti keluar. Itu jam hemophilia dipandang sebagai penyakit ganjil dan misteri. Kalau doktor harini dah suruh bawak balik berubat cara kampung pulak. keh keh keh.
Jadi Tsar Nicholas nampak yang Rasputin ni boleh sembuhkan anak dia, Alexei Nikolaeivich. Alexei ni satu satunya anak lelaki yang bakal naik tahta bila Nicholas dah tak ada kelak. Anak dia yang lain semua perempuan. Bermula dari episod ni lah, kehidupan Rasputin mula berubah, bilamana Rasputin berjaya sembuhkan penyakit Alexei. Rasputin menjadi kawan rapat sekaligus penasihat tak rasmi kepada keluarga Tsar Nicholas, juga menjadi pendamping kepada isteri Tsar Nicholas II, Tsarina Alexandra Feodorovna.
Banyak rumor mengatakan yang Rasputin menggunakan ilmu hitam dan bantuan setan dalam menyembuhkan penyakit Alexei, ada yang menganggap Rasputin cuma bernasib baik saja. Namun, lain ceritanya pada keluarga Tsar ni. Diorang menganggap Rasputin seorang savior dan sami yang tinggi ilmunya. Ye la, Rasputin dah sembuhkan sakit satu satunya anak lelaki dia. Jadi pada tahun tahun berikutnya, Rasputin berjaya mempengaruhi keluarga Tsar dalam banyak perkara dan urusan rasmi kerajaan.
Tindakan dan kedudukan Rasputin ni menyebabkan rakyat kurang senang, terutama golongan bangsawan dan sepupu sepapat Tsar Nicholas II sendiri. Banyak kritikan dari rakyat jelata dilemparkan pada keluarga Tsar, dan menyebabkan keluarga diraja ni tidak disukai rakyat. Banyak kabar angin mengatakan Rasputin kaki perempuan, pemabuk dan menggoda orang orang dalam istana. Tambah buruk bila ada rumor mengatakan Rasputin menggunakan pukau untuk meniduri Tsarina Alexandra. Banyak lagi kabar angin lain yang membuatkan perkara jadi makin buruk dan bukti bukti dikeluarkan membuatkan Rasputin sendiri berdiam diri dalam membela diri memburukkan lagi keadaan.
Cubaan untuk membunuh Rasputin untuk kali pertama bermula pada 12 Julai 1914. Seorang petani pompuan, Khioniya Guseva diupah dan berjaya menikam perut Rasputin. Saksi mata mengatakan lepas Rasputin ditikam, Guseva jerit "aku dah bunuh antichrist ni". Malangnya, Rasputin berjaya selamatkan diri dan beberapa lama kemudian sembuh dari luka tikaman tu.
Pada tahun 1916, satu kumpulan rahsia ditubuhkan. Misi group tu, bunuh Rasputin. No matter what it cost, no matter what it takes, Rasputin mesti mati. Sebab perang dunia pertama dah start, dan tindakan Nicholas mengambil berat pandangan dari Rasputin dalam hal ehwal peperangan sangat merisikokan Russia. Group ni diketuai oleh Grand Duke Dimitri Pavlovich dan Putera Felix Yusupov.
Satu malam, 29 disember 1916, group ni rancang gunakan isteri Felix Yusupov untuk menarik perhatian Rasputin supaya datang kerumah Yusupov. Bini si Yusupov ni lawa, dan itu kelemahan Rasputin sebagai seorang playboy bilamana dia masuk jerat group ni. Diorang masukkan racun "Cyanide" dalam kek dan wine untuk dijamu kepada Rasputin, yang mana racun yang mereka gunakan ni cukup kuat untuk bunuh 3 hingga 4 orang sekali gus. Memang banyak. Tapiiii.... racun tu tadak jadi kesan apa apa pun kat Rasputin. Langsung takde !!
Nampak cara tu tak berkesan, group ni terus tak buang masa, belasah Rasputin sampai lembik. Kemudian, Felix Yusupov tembak Rasputin dekat dada sebanyak dua kali. Rasputin tak dapat bertahan lagi lalu jatuh kelantai dan nampak macam dah mati. Diorang dah happy. Tapi tiba tiba Rasputin lompat bangun dan serang salah sorang group nak bunuh dia tu. Dengan terhuyung hayang, Rasputin lari keluar dari rumah tu, dan dia ditembak dua kali lagi dari belakang.
Bilamana nampak Rasputin dah tak sedarkan diri, group ni gulung mayat Rasputin dengan karpet dan campak mayat dia kedalam sungai Neva yang sejuk pada malam tu jugak. Rasputin pun mati..... Tiga hari kemudian, mayat Rasputin dijumpai dan ditarik naik dari sungai. Guest what ? Bedah siatat membuktikan satu benda, Rasputin masih hidup semasa dia dicampak kedalam sungai pada malam tu.
"Kalau aku dibunuh oleh rakyat biasa,
maka anak anak ko ( Tsar Nicholas II ) akan memerintah Russia
untuk beberapa abad yang akan datang, Tapi kalau aku dibunuh oleh orang dari kaum keluarga ko sendiri,
Ko dan seluruh keluarga ko akan dibunuh oleh rakyat Russia"
- Grigori Rasputin
Tak lama selepas pembunuhan Rasputin, seluruh keluarga Romanov ( Tsar Nicholas II ) dibunuh oleh kumpulan konspirasi Bolshevik dan menaikkan parti komunis dipimpin oleh Vladimir Lenin sebagai pemerintah Russia yang baharu.
Malam pembunuhan keluarga tersebut, 17 Julai 1918, Tsar Nicholas Romanov, Tsarina Alexandra, lima anak mereka - Grand Duchess Olga Nikolaenva, Grand Duchess Tatiana Nikolaevna, Grand Duchess Maria Nikolaevna, Grand Duchess Anastasia Nikolaevna, dan Tsarevich Of Russia Alexei Nikolaevich beserta 4 orang gaji dan seorang doktor peribadi Eugene Botkin dikejutkan dari tidur. Mereka diberitahu supaya bersiap siap dan bawa barang peribadi masing masing. Mereka dikumpulkan disebuah bilik. Diarahkan berpusing mengadap potret keluarga di dinding. Alexandra meminta kerusi untuk duduk kerana masa ni dia sakit. Manakala Nicholas minta kerusi untuk anak lelaki dia Alexei. Mereka menunggu disitu beberapa ketika sampai tiba satu masa, 13 penembak menghalakan senapang kearah mereka dan menembak seluruh keluarga tersebut sehingga mati. Tamatlah riwayat seluruh keturunan terakhir keluarga diraja Romanov, Tsar Nicholas II.
Masa ni lah bermulanya cerita yang Grand Duchess Anastasia sempat melarikan diri / servant sempat sorokkan Anastasia / dia tak pegi bilik tu dan macam macam konspirasi lain lagi yang dibuat bilamana pada tahun 1979, historian jumpa kubur Tsar ni. Cuma ada 5 mayat dalam kubur yang tak bertanda tersebut yang mana dikenal pasti kubur Nicholas, Alexandra, Olga, Tatiana, dan yang jadi perdebatan satu lagi kubur sama ada Maria atau Anastasia.
Pada tahun 1991, selepas kejatuhan Soviet Union, kubur tersebut digali semula dan saintis melakukan ujian DNA keatas mayat dan mengesahkan, mayat kelima adalah milik Grand Duchess Anastasia. Pada tahun 1998, sebuah upacara rasmi diadakan bagi penguburan semula kerabat diraja Tsar mengikut adat istiadat diraja di St. Petersburg. Majlis dihadiri oleh President Russia waktu itu Boris Yeltsin dan 50 kaum kerabat Romanov yang masih hidup.
Pada tahun 2007, dua lagi kubur tidak bertanda dijumpai dan ujian DNA mengesahkan yang tulang tersebut milik dua lagi anak Nicholas Romanov, Alexei dan Maria. Dan most people assume yang mereka berdua ni juga dikuburkan semula dengan penuh istiadat diraja.
Begitulah serba sedikit yang dapat pakcik ceritakan kepada korang sejarah kematian Rasputin dan pembunuhan kejam keluarga Romanov. Teladan ada dalam cerita ni korang pikir lah sendiri. Pada pakcik, jangan terlalu mudah mempercayai orang, kelak kita akan binasa, dan jangan terlalu kuat menjilat bos, ramai orang tak suka. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.
- Otto Von Bismark - |