CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3213|Reply: 24

Berita Christiano Ronaldo Derma 1.5 Juta Euro Adalah Palsu!

[Copy link]
Post time 27-5-2019 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini tersebar berita bahawa bintang bola sepak terkenal, Christiano Ronaldo yang dikatakan telah menderma sebanyak 1.5 juta Euro kepada rakyat Palestin sempena Ramadhan.


Tapi kalau anda nak tahu, berita tersebut adalah palsu!




Para netizen telah berkongsi berita tersebut ke serata media sosial tanpa mengetahui bahawa sebenarnya berita itu adalah tidak benar.


Menurut penulisnya, Nicolas Sawaya, dia mula menyedari perihal tersebut daripada seorang pengguna Twitter lain yang berkongsi sebuah link sebelum ia telah diretweet oleh ribuan orang yang lain.



Kredit foto: Twitter



Apabila anda memasuki link tersebut, ia akan membawa anda ke sebuah laman artikel yang agak meragukan. Hal ini kerana, dengan penggunaan bahasa Inggeris yang tunggang-langgang serta tiada maklumat terperinci tentang bila, di mana dan nama badan amal yang mendapat sumbangan tersebut.


Nicolas terus membuat carian mengenai sumber tersebut dan mendapati artikel itu datangnya daripada berita Macedonia, Shqip Media. Shqip Media memang ada memuat naik artikel tersebut tetapi mereka terang-terangan mengatakan bahawa berita itu adalah palsu.



Kredit foto: Shqip Media



Selepas diselidik dengan lebih mendalam, artikel asal ini merupakan terjemahan terus daripada Albania ke Bahasa Inggeris dan seterusnya dimuat naik di 9sportpro.


Tanpa mengetahui kesahihan berita itu, media antarabangsa dan juga media kita sendiri telah berkongsi berita tersebut.n -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 10:43 AM | Show all posts
tumpang lalu. nak kumpul kredit utk naik pangkat
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 27-5-2019 10:43 AM
tumpang lalu. nak kumpul kredit utk naik pangkat

Laaa...awak lagi...baik2...nnt kena lahar dgn otai csi...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Fake news rupanyer
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:00 AM | Show all posts
Nenolen replied at 27-5-2019 10:59 AM
Laaa...awak lagi...baik2...nnt kena lahar dgn otai csi...hehehe

dah tobat dah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg byk cerita pasal Palestin ni palsu. Cakap kena itu ini, ada org derma bagai, ni salah satu penipuan lobai2 nak memenangkan agenda mereka. Tgok je lah fatwa hadi bawang, wajib berbohong lgi. Dodol senyum sinis jah dgan berita lobai2 ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu dunia kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:36 AM | Show all posts

tmasuk lah aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 11:40 AM | Show all posts
ni semua keje2 yahudi jugak memburukkan ronaldo
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:40 AM | Show all posts
semua kena tipu..sape punya keje ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:40 AM | Show all posts
bln2 pose nipu dose tau..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:59 AM | Show all posts
Nenolen replied at 27-5-2019 10:59 AM
Laaa...awak lagi...baik2...nnt kena lahar dgn otai csi...hehehe

dah kena lahar dah haha give up sis
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:31 PM | Show all posts
ada terbaca jugak donation tu
tp x amik port sgt
media mmg keje membongak je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:59 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 27-5-2019 11:14 AM
Mmg byk cerita pasal Palestin ni palsu. Cakap kena itu ini, ada org derma bagai, ni salah satu penip ...

kamu ada bukti kerja Lobai??? atau kamu pun fitnah...babi punya manusia
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:03 PM | Show all posts
laaaa..fake ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:37 PM | Show all posts
Begitulah juga segala fitnah tersebar.....senang amat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 03:19 PM | Show all posts
la fake rupanya ..ingatkan betul2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 08:22 AM | Show all posts
Yang tak palsu ialah berita pasal ada orang kaya arab bagi RM2.6 billion kat Najib. Lebih tak palsu ialah  Najib pakai sikit jer dan dah bagi balik kat orang kaya arab itu RM2.03 billion.......

Gambar hiasan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:00 PM | Show all posts
La yer ker.. bulan puasa pun nak mnipu media ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 27-5-2019 10:43 AM
tumpang lalu. nak kumpul kredit utk naik pangkat

Awak. Jangan laa komen kumpul kredit. Komen je laa kena mengena dengan thread walaupun pendek. Contoh mcm thread ni, komen je mcm "alaa tertipu". Gitu ke. Takut kena potong kredit kalau komen nak kumpul kredit.

Dan yg i tau kalau tak silap, u cuba pergi ke bod/forum lawak atau teka teki, selalunya mod bagi kredit kalau u komen ikut thread tu. i lupa bod mana lagi yg selalu mod murah hati bagi kredit.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.177708 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list