CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19266|Reply: 122

[Tempatan] Tudung bawal RM50,000, paling mahal di dunia

 Close [Copy link]
Post time 27-5-2019 11:41 PM | Show all posts |Read mode




SYARIKAT hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive memperagakan tudung paling mahal yang pernah dihasilkan di dunia bernilai RM50,000 di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, tudung paling mahal di dunia itu menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang.

Katanya, kejayaan penghasilan tudung tersebut sekali gus memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai RM33,000 oleh seorang wanita dari Kelantan pada tahun lalu.

“Tudung mewah ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski.

“Ia dibuat sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti pemiliknya,” katanya pada majlis penyampaian tudung termahal tersebut di Hotel St. Regis di sini.

Walaupun terkenal dengan tudung mewah, Bawal Exclusive turut menawarkan pelbagai pilihan rekaan dan warna tudung bermula dengan Bawal Tabur serendah RM57 sehelai.

Mengimbau perjalanan perniagaannya, Haliza berkata, tiada siapa yang menjangka perniagaan yang beliau mulakan bersama suami, Mohd Rosli Awang pada tahun 1998 kini mampu menjadi jenama tudung yang semakin terkenal.

"Bermula di gerai kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bawal Exclusive kini bukan sahaja memiliki bangunan sendiri, bahkan turut mempunyai 10 butik premium dan 35 ejen jualan di seluruh Malaysia,” katanya.

Sementara itu, pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih berkata, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran membeli tudung bernilai ribuan ringgit, namun tidak salah untuk para wanita dihadiahkan atau menghadiahkan diri sendiri dengan tudung eksklusif tersebut.

"Sebagai wanita yang istiqamah dalam menjaga aurat, tidak salah rasanya untuk memakai tudung eksklusif ini kerana ia akan turut memberi motivasi kepada wanita untuk bekerja lebih keras terutamanya dalam kalangan wanita pantai timur yang terkenal dengan semangat keusahawanan mereka," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
... tak terkata.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cop. Ni macam cerita recycle tahun dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:57 PM | Show all posts
Makaaiii rega.... Terus jd seram tgk rega selai tudung gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Margayaaa~~~ tapi maaf, design x cantik
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg beli pon org business, biasa la tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2019 12:21 AM | Show all posts
lantak la nak pakai ape pon.... tp jgnla nnt berdiri sebelah pompuan freehair ko g nasihat pasal kepentingan  tuhan suruh pompuan menutup rambut
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh beli keta n rmh flat sebiji dah rege tudung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
cantik tapi nipis gila je tgk...satu hal plk nak pakai inner neck. Ke pemakai tu just jadikn as selendang? Or worse case dia framekan je gantung kat dinding.

Bawal exclusive yg harga 50 lebih ni mcm lebih pada embelishment je. kain dia tu mcm cotton biasa yg mcm cotton kanggaroo tuuu. Entah la kalau saya salah.

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:31 AM | Show all posts
Sarat
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:32 AM | Show all posts
So nanti tudung 50k, baju confirm ribu2 gak, handbag at least Birkin, kasut Manolo..perghh ratus ribu sekali pakai..

jangan lupa ambik insurans
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:27 AM | Show all posts
wah untunglah mampu ..apalah sgt setkt rm50k tu kan..
akk mampu tgk biar pun tak minat pakai tudung bawal..
zmn dolo2 ya la skrg sng main pakai msk jer..senang
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga tudung semahal ini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 01:48 AM | Show all posts
kena bayar zakat tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Huduh yg amat
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kalis api ke tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 05:21 AM | Show all posts
woww.. mahalnya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
bodoh nk mampus org yg beli tudung ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 27-5-2019 11:56 PM
Cop. Ni macam cerita recycle tahun dulu2

Nope. Ni latest.
last year nye harga tudung 30k je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:18 AM | Show all posts
Kau orang pakai tudung sekolah pun akan jadi mahal bila letak berlian rega 2 juta............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.596309 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list