View: 4202|Reply: 32
|
Bayaran Konsultasi Tak Naik, Klinik Swasta 'Mogok' Hari Ini?
[Copy link]
|
|
Bayaran perkhidmatan yang tidak dinaikkan adalah antara fokus utama perbincangan dengan Menteri Kesihatan oleh para doktor swasta berkenaan. - Foto Hiasan WhatClinic.com
Sekiranya benar-benar terjadi, orang ramai bakal berdepan dengan masalah apabila sebahagian besar klinik swasta di negara ditutup hari ini.
Sama ada kebetulan atau disengajakan, langkah ini ekoran tindakan para pengusaha klinik swasta (doktor) berkenaan yang mahu bertemu dengan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifli Ahmad di Putrajaya jam 2 petang ini.
Notis menggesa klinik swasta menyertai gesaan menutup klinik tular di media sosial sebelum ini.
Kementerian Kesihatan juga mengesahkan sesi town hall itu akan berlangsung pada 2 petang ini.
Kebiasaannya, sekiranya tidak dapat hadir ke klinik, mereka (doktor swasta) akan menggunakan petugas gantian, yang dinamakan lokum, bagaimanapun hari ini difahamkan mereka tidak berhasrat berbuat demikian, sebaliknya menutup sahaja klinik masing masing.
Ia sekaligus menimbulkan persepsi bahawa ianya adalah mogok yang dirancang.
Poster menggesa pengusaha perubatan swasta menutup klinik hari ini yang tular
Portal FreeMalaysiaToday melaporkan, antara isu utama yang akan dibawa ke perbincangan dengan Menteri Kesihatan petang ini ialah keengganan kementerian yang bertegas tidak menaikkan yuran konsultasi doktor dari RM10 kepada RM35.
Menurut para doktor berkenaan, kenaikan RM25 itu disifatkan amat kecil berbanding kadar RM35 sehingga RM125 yang dikenakan hospital swasta.
Dalam perkembangan yang sama, sebuah laman web mengenai kesihatan, Code Blue memetik Dr Yek Sing Chee, yang mengendalikan sebuah klinik swasta di Ipoh sebagai berkata, beliau awal awal lagi sudah memaklumkan kepada umum akan menutup kliniknya hari ini dan akan beramai-ramai ke Putrajaya bersama rakan rakan yang senasib dengannya untuk bertemu Menteri Kesihatan.
"Saya sebelum ini menghantar kenderaan saya untuk diservis, ia dikenakan bayaran RM200, dan daripada itu, caj servis mekanik ialah RM100, sekarang kita bercakap mengenai nyawa manusia, wajarkah RM35?" soalnya.
Tambah beliau yang telah 18 tahun mengendalikan perkhidmatan itu, ramai pesakitnya mengunjungi klinik swasta kerana tidak mahu menunggu terlalu lama di klinik atau hospital kerajaan, dan dia sering memberikan diskaun kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Seorang lagi pengusaha klinik swasta, Dr Tan Poh Teng dari Alor Setar dilaman yang sama memberitahu, walaupun tidak hadir ke Putrajaya hari ini, beliau tetap akan menutup kliniknya sebagai solidariti protes kepada keengganan kerajaan melayan permintaan pengusaha klinik swasta sebelum ni.
"Saya sudah membuka perkhidmatan ini selama 25 tahun, gaji untuk pekerja sudah meningkat dari RM300 ke RM1,200, itu belum mengambil kira kos kos lain seperti pembuangan sisa perubatan dan sebagainya," ujar beliau.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM),Dr Steven Chow memberitahu, penutupan klinik swasta hari ini bukan lah mogok yang dianjurkan pihaknya.
"Kementerian yang menetapkan tarikh, tempat dan masa perjumpaan, sedangkan mereka sedia maklum ia hari bekerja ketika ia diadakan," jelasnya.
Seandainya semua klinik swasta tutup, maka sibuklah klinik kerajaan hari ini. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak bg yuran mahal kat doktor tak pa la, tpi ubat tu kenapa mahal sgt,
asal pg klinik swasta ja, dpt ubat demam, ubat selsema, antibiotik pun dah cecah RM70 -80.
tapi kawan aku doktor keja lokum mampu pakai audi.
aku rasa mcm dah cukp mewah tu hehehehe
pg obersea setahun sampai 3-4 kali.
|
|
|
|
|
|
|
|
eh..aku ingt mmg dah naik...sebab aku perasan fee klinik dh naik dr awl thn..... |
|
|
|
|
|
|
|
Diorang ni nak meniaga ke nak memberikan perkhidmatan? |
|
|
|
|
|
|
|
Rm 35? Confirm sekali walk in rm 100 ubat antibotik ubat cacing vokuru ubat sakit demam ubat sapu ubat batuk cap dodol dan dodol.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumpe bomoh ajelaa lopes ni.. demam jumpa tok batin. Sakit kaki jumpa tukang urut.. sakit gigi jumpe sensei.. sakit jiwa jumpe setad.. boleh who are youskan doc doc semua nii.. sape nak ikut ikutlaa.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Khabarnya PH naik harga barang & servis turun. Hanya pengilang yg kena sst kata mereka |
|
|
|
|
|
|
|
sakit sepatutnya tak diniagakan, sakit tanggungjawab kerajaan, kesihatan swasta sepatutnya tak wujud, |
|
|
|
|
|
|
|
nak bagi naik boleh tapi syarikat insuran kena tahulah rate baru ni... |
|
|
|
|
|
|
|
nak bagi naik boleh tapi syarikat insuran kena tahulah rate baru ni... |
|
|
|
|
|
|
|
patutla membe aiols yg buka klinik kat ken rimba tutup arini
p putrajaya katanya
sebb mogok la ni
skrg pun da mahal kot
kalau makin mahal, mau lingkup tutup klinik jela |
|
|
|
|
|
|
|
2 jam lokum boleh dpt 1k cash chuols
harusla mampu pakai audi
|
|
|
|
|
|
|
|
aik? klinik kt umh service caj rm40..setakat cek anak demam je...xdela menyuntik ke apa ke...dh la service lembap giler...dr kaunter - doktor - ubat semua lembap....
serik. |
|
|
|
|
|
|
|
lokum mana 2 jam rm1k?? aku tny doktor sini sejam rm80 adala |
|
|
|
|
|
|
|
tepokk damacai Pakatan Hanincg |
|
|
|
|
|
|
|
kan? nak tipu pun berpada la. there is a standard locum rate
|
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
yang wa tak tahan baca ayat cover ini:
Tambah beliau yang telah 18 tahun mengendalikan perkhidmatan itu, ramai pesakitnya mengunjungi klinik swasta kerana tidak mahu menunggu terlalu lama di klinik atau hospital kerajaan, dan dia sering memberikan diskaun kepada mereka yang kurang berkemampuan. macam gamp*** ayat cover..
so, inilah jadinya bila barang keperluan asasi menjadi perniagaan..
as bagi wa, pendidikan asas..sampai form 5 dan kesihatan..(education and health) bukan satu perkara yang patut menjadi barang niaga..
itu adalah tanggungjawab negara..
kerana, bila ianya diniagakan, ia akan menjadi satu perniagaan paling untung..kerana ianya asas kepada keperluan.
kalau mereka boleh control pendidikan asas, kenapa mereka tamau control kesihatan asas dan biarkan hospital dan klinik swasta bermaharaja lela di buka?
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Dokter lapar Wang, ngaji doc utk dptkan Wang. Hantar negara perang negara miskin tak mau |
|
|
|
|
|
|
|
sampai tutup clinic. tah kemana oath yg dorang penah sebut tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ah_Kwan replied at 12-6-2019 02:30 AM
keh keh keh
yang wa tak tahan baca ayat cover ini:
negara kita giler duit cukai |
|
|
|
|
|
|
| |
|