"Kalau teringin makan babi, berdosa tak?"
Di media sosial saat ini, lebih ramai individu membuat perkara bodoh semata-mata mengejar populariti. Maklumlah perkara yang bodoh, di luar kebiasaan dan sensitif dari sudut agama antara yang menjadi modal golongan ini bagi meraih perhatian. Dari situ lah, akan ada dua pihak sama ada bersetuju dan tidak bersetuju berdebat bagi menegakkan pendapat masing-masing.
Terbaharu, status yang mengundang kontroversi datangnya daripada seorang pondan, IzzatDalphia yang menulis bahawa dia teringin untuk makan daging babi. Jadi, pertanyaannya adalah adakah ianya berdosa kerana dia teringin sangat merasainya.
Statusnya ini mendapat perhatian ramai warganet sama ada sokongan, halangan dan kutukan. Namun lelaki ini mengambil keputusan untuk menegurnya dengan cara baik sekaligus menegur sikap segelintir daripada warganet lain yang turut menyokong 'gurauannya' itu.
Kredit foto: Twitter
Daging babi yang didakwa lebih sedap dari daging ayam
Yusri juga turut menegur warganet yang memberi komen kepada Izzat bahawa dia cantik, go girl dan sebagainya adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Ia seolah menggalakkan dia terus-terusan berpakaian seperti perempuan, sedangkan dia adalah lelaki. Namun, dalam masa sama, dia turut menasihatkan perasaan Izzat untuk menjadi wanita adalah ujian terhadap dirinya, jadi adalah tanggungjawab kita sesama Muslim untuk mengingatkan kepada jalan yang benar, bukannya menjerumuskan lagi pada kancah maksiat.
Malahan Dai Wan turut menyatakan ulasan Yusri adalah komen membina bukannya dengan cara menghina.
Foto : Twitter
Begitu juga bagi mereka yang memaki serta mengecam Izzat dengan kata-kata biadab sebenarnya lebih membuatkan golongan ini jauh dari jalan yang benar. Adalah lebih baik bersama-sama mengajaknya ke arah kebaikan bukannya dengan mengutuk sebegini.
Kredit foto: Twitter
"Dulu dia nak jadi perempuan, sekarang nak makan babi pula?"
Hal ini membawa pada rentetan bahawa ramai anak muda Melayu yang bersikap terbuka tetapi tidak kena pada tempatnya. Lebih memalukan apabila yang menyokongnya adalah kononnya Melayu liberal. Semakin ramaikah golongan Melayu Liberal atau dipanggil 'woke Malay' ini?
Kredit foto: Carian Internet
Dan ini adalah jawapan daripada Izzat sendiri. Nampaknya memang golongan ini 'tak makan saman'.
Jadi, anda rasa orang sebegini perlu terus tazkirah atau buat tak peduli sahaja? - CARI
|