Tak dinafikan di Malaysia memang banyak bakat, cuma banyak juga geng. Geng orang bandar tak kawan dengan geng orang kampung, atau geng artis BBNU asyik berduet dengan artis BBNU juga.
Cuba bayangkan kalau mereka bercampur dan hasilkan lagu, filem atau drama ke, agak-agak rare tak jadinya dan terus meletop? Korea sekarang pun dah mula bergabung projek dengan artis Amerika, Sepanyol dan macam-macam lagi. Mungkinlah, industri kita tak sampai tahap macam tu lagi, so mulakan dengan gabungan dalam negara yang pelik-pelik sedikit?
1- Suhaimi Sufian dan Dayang Nurfaizah
Bayangkan suara Suhaimi Sufian yang lemah gemalai tu digabungkan dengan suara syahdu Dayang Nurfaizah? Gabungan dia power macam Di matamu Di Pintu Syurga tak agak-agak?
2- Ayda Jebat dan KRU
Lagu-lagu rancak Ayda Jebat disuntik dengan elemen rap KRU. Pergh!
3- Fatah Amin dan Nora Danish
Lama tak nampak Nora Danish berlakon, agak-agaknya kalau dipadankan dengan hero Malaya Fatah Amin menjadi tak?
4- Sharifah Sakinah dan Zizan
Takda orang nak pasangkan Sharifah Sakinah dan Zizan berlakon ke? Dua-dua pandai buat lawak pecah perut wei!
5- Bernard Chauly dan Osman Ali
Siapa tak kenal Bernard Chauly? Dia ni pengarah power yang arahkan filem-filem cinta ala hipster macam Gol & Gincu, Pisau Cukur dan Manisnya Cinta di Cappadocia. Osman Ali pulak filem dia biasalah filem sendu sendan macam Ombak Rindu, Langit Cinta dan Pinjamkan Hatiku.
Agak-agak meletop tak kalau mereka bergabung buat filem, Bernard yang faham kehendak cinta cintun orang bandar, trend viral dan hipster dan Osman Ali dengan cerita yang sendu sendan? Filem cinta yang semua orang suka?
Agak-agak gabungan diorang dapat tak filem macam filem sedap macam Ada Apa Dengan Cinta ni?
6- U-Wei Haji Saari dan Syafiq Yusof
Filem-filem U-Wei Haji Shari tak ramai orang boleh masuk, sebab kadang-kadang deep sangat, kalau tak kena citarasa boleh tertidur dalam wayang. Tapi, filem dia power maksudnya dapat banyak anugerah. Filem macam Perempuan, Isteri......, Jogho dan Hanyut. Syafiq Yusof pulak siapa tak kenal, pengarah muda yang berbakat besar, yang boleh tahan kreatif.
Sekarang bayangkan dua nama ni bergabung buat filem...belajar antara satu sama lain untuk penuhi kehendak penonton. Best tak? Abang Long Fadil tapi 'deep' macam Jogho. Tidak ke kita dapat paling lekeh pun macam No Country For Old Men?
Agak-agak dapat tak filem sejarah tp sedap macam ni?
Ini semua cadangan sahaja, tapi bayangkan orang seni kita ni selalu buat kolabarasi luar biasa, taklah asyik pasangan sama muncul kat TV, pasangan duet sama menyanyi lagu yang lebih kurang sama!
Tak boleh buat? Kalau Dato' Siti Nurhaliza boleh bergabung buat lagu dengan Too Phat takkanlah orang lain tak boleh kan. Yang untung peminat seni negara juga yang ada pilihan lain dari yang lain.
Jadi, siapa yang korang rasa kalau bergabung? - CARI
|