Apa beza “halal” dan “Serve No Pork”? Adakah jika tiada penyediaan makanan berasaskan babi itu, maka boleh makan di situ dengan yakin tanpa was-was? Sebenarnya, inilah isunya. Kadang-kadang bukan muslim atau muslim sendiri masih kurang faham konsep halal.
Allyssia Affandi menerusi hantaran Facebook menjelaskan bahawa istilah 'Serve No Pork' tidak melabelkan sesebuah restoran itu halal berikutan ramainya orang beragama Islam makan dan minum di restoran-restoran berkenaan.
Beliau sendiri sebelum memeluk Islam pernah bekerja di restoran yang pemiliknya bukan muslim. Menurut beliau, restoran itu memang tidak menjual daging khinzir, tetapi sekali sekala mereka menggoreng daging khinzir menggunakan minyak dan peralatan sama yang turut digunakan untuk memasak makanan lain. Menurutnya lagi, ayam dan daging yang digunakan juga turut tidak disembelih.
Allysia turut berkongsi pengalaman bekerja di tempat lain di mana pemilik restoran berkenaan mengambil pekerja Indonesia beragama Islam. Walaupun pemilik restoran tidak membenarkan pekerja terbabit memakan daging khinzir, tapi makanan lain masih terpaksa dimasak menggunakan peralatan yang digunakan memasak daging khinzir.
Beliau meminta semua muslim memastikan restoran yang ingin dikunjungi ada logo halal JAKIM sebelum makan disitu. Ini kerana beliau pernah makan sup top yam di sebuah restoran yang viral bersama keluarganya. Sup tersebut rasa sup khinzir dan bukan sup asli, lalu beliau terus bayar dan keluar dari restoran itu. Beliau yakin rasa sup itu adalah sup yang mengandungi khinzir kerana beliau adalah seorang bukan muslim selama 18 tahun, katanya.
Beliau berharap perkongsian ini membuka mata muslim supaya lebih berhati-hati dan rata-rata n
etizen mengucapkan terima kasih kepada Allysia atas perkongsian artikel tersebut.
Netizen yang bukan muslim turut berkongsi pendapat mengenai hal itu.
Semoga umat Islam lebih peka akan perkara ini di masa akan datang. - CARI