View: 33658|Reply: 262
|
Neelofa Bakal Terbang Ke Monaco Lepas Tercalon Dalam Anugerah Dipengerusikan Kel
[Copy link]
|
|
Wah, semakin mendunia Neelofa! Selepas satu demi satu kejayaan dikecapinya.
Kredit foto: IG Neelofa
Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya itu dikhabarkan bakal terbang ke Monaco selepas tercalon dalam anugerah berprestij peringkat antarabangsa, Influencer Awards 2019 yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Disember.
Bintang popular kelahiran Kelantan yang dicalonkan menerusi kategori Entrepreneur itu mengakui tidak menyangka tuah memihak padanya.
"Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.
"Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dan mengembangkan rangkaian saya.
"Insya-Allah, saya akan terbang ke sana kerana segala pengangkutan dan penginapan telah disediakan. Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang," katanya menerusi satu kenyataan media seperti dipetik daripada Gempak.
Kredit foto: IG Neelofa
Difahamkan, anugerah ini direalisasikan Pauline Ducruet iaitu anak sulung Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Anugerah ini dianjurkan pertama kali pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza dan antara yang dinobatkan pemenang termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Menang atau tidak, belakang kira. yang penting nama Neelofa sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan pencalonannya itu. Tahniah, Lofa! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...semoga dipermudahkan buat neelofa. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian haters...dah puah pitnah sana sini, benci sana sini hujung2 sedebik lopa bg balik...yg korg dgn dgn idolat2 korg jugak...nan adoooo |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats, lofa. Makin mendonia jahlop ya |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 kalau Anugerah ni dianjurkan Kerabat Diraja Suriname.. nak x sheols pergi.. |
|
|
|
|
|
|
|
makin morah rezeki jahlop
seperti ayer yg mengaler x henti2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah lofa. Tp boleh tak jgn pakai turban gi sana?.chuols pakai bawal mcm bdk sekolah tau. Pakai turban rupa nenek2 dah |
|
|
|
|
|
|
|
Influencer Award .... category entreprenuer. Jual tudung
Asal boleh collect award selagi boleh .....
London punya award hajjah tak collect kah??
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dia yg calonkan diri sndiri tp tepilih utk shorlisted |
|
|
|
|
|
|
|
Harus puji juga lah usaha hajjah nak mendunia... Walau pun harus belanja kuar duit sendiri banyak..
Dari London ke Paris ke New York ke Los Angeles... Tak gibab
Influencer pun influencer lah....yg penting viral. nama sentiasa di media.
|
|
|
|
|
|
|
|
abadi84 replied at 24-6-2019 01:11 PM
Tahniah lofa. Tp boleh tak jgn pakai turban gi sana?.chuols pakai bawal mcm bdk sekolah tau. Pakai t ...
Klu pakai bawal camne nak tunjuk anting2 |
|
|
|
|
|
|
|
benda baik takpayah la nak sindir2. biarlah dia nak naikkan nama dia untuk kembangkan bisnes dia. dia otak bisnes kot. semua benda nak nampak buruk je tak boleh jugak |
|
|
|
|
|
|
|
nnt pakai baju yg ok2 yer lopa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah lofa |
|
|
|
|
|
|
| |
|