|
Walaupun sudah tidak nampak kelibatnya di kaca televisyen mahupun layar perak, kehidupan Lisa Surihani masih boleh diikuti menerusi laman Instagramnya.
Lisa kelihatan bahagia menguruskan rumah tangganya bersama Yusry KRU dan turut dihiasi kedua-dua cahaya mata mereka iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Terbaru, Lisa dan keluarga kecilnya itu telahpun mengerjakan umrah di Tanah Suci. Apa yang menariknya ialah penampilannya selepas pulang ke Malaysia.
Kredit foto: Instagram
Menerusi Berita Harian, Lisa menyifatkan bahawa terlalu peribadi untuk dikatakan sama ada keputusannya berhijab ini kekal untuk selamanya ataupun tidak.
"Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan.
"Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu," katanya.
Kredit foto: Instagram
Dia juga tidak mahu orang salah faham sekiranya dia kerap memuat naik gambarnya bertudung, takut dikatakan hanya ingin meraih pujian.
Lisa mengambil masa yang lama untuk memuat naik gambarnya bertudung kerana merasakan ia terlalu peribadi. Dia berharap agar terus istiqamah dan ikhlas kerana Allah SWT.
"Dalam hidup ini, kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Setiap hari juga kita cuba mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
"engalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini, saya sifatkan begitu indah.
"Moga lembaran baharu ini dapat saya nikmati sebaik mungkin," ujarnya.
Netizen juga rata-ratanya memuji penampilan baru Lisa ini, siap ada yang kata yang dia kelihatan seperti perempuan Arab setelah berhijab. - CARI |
|