Tanggal 31 Oktober 2017 yang lalu, pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah mendirikan rumahtangga setelah bergandingan di dalam drama Descendants of the Sun.
Perkahwinan mereka bagaikan Wedding of The Year dan peminat sangat meraikan penyatuan cinta kedua-dua peminat kesayangan mereka itu.
Kredit foto: Carian Google
Namun begitu, hari ini terdapat berita sedih yang diumumkan oleh Joong Ki iaitu dia telah memfailkan perceraian dengan isterinya, Song Hye Kyo.
Setelah pihak media menghubungi agensi yang menguruskan Song Hye Kyo, berita itu didakwa sahih, bahkan punca perceraian mereka dikaitkan dengan perbezaan personaliti antara mereka dan tiada kesefahaman lagi.
Perkahwinan mereka baru menjejak usia satu tahun setengah, manakala mereka masih belum dikurniakan zuriat.
Awal tahun ini, Song Hye Kyo dilihat tampil di tempat awam tanpa memakai cincin perkahwinannya, sekaligus menimbulkan khabar angin tentang rumah tangganya.
Kredit foto: Carian Google
Sementara itu, di laman IG rasmi Song Joong Ki, para peminat meluahkan rasa sedih dan merayu agar selebriti kesayangan mereka tidak meneruskan keputusan untuk berpisah.
Kredit foto: Carian Google
Jarak perbezaan umur mereka ialah 4 tahun, di mana Song Hye Kyo yang lebih tua berbanding suaminya. Mungkinkah berpunca daripada sikap tidak matang pasangan lebih muda? Hanya mereka sahaja tahu sebabnya.
Nampaknya tahun ini, banyak betul berita perceraian di kalangan artis. Apa nak jadi ni? - CARI |