Tak dapat disangkal yang perkhidmatan e-hailing ini banyak kebaikannya.
Tapi sejak kebelakangan ini, macam-macam pula dengar cerita tidak baik tentang perkhidmatan ini.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsi kisah di mana ibunya yang berusia 63 tahun telah diludah dan ditumbuk seorang pemandu Grab yang panas baran.
Cerita lelaki ini, apabila ibunya bertanya sama ada betulkah kereta ini akan ke HKL, pemandu itu menjawab dengan kasar dan menyuruh wanita tua itu melihat sendiri nombor pendaftaran kereta.
Agaknya tersentak dengan balasan wanita tua itu, pemandu tersebut terus meluru keluar dari tempat duduk penumpang dan terus meludah dan menumbuk wanita itu.
Kredit foto: Twitter
Pun begitu, pemandu itu melarikan diri selepas melihat seorang pengawal keselamatan mendekati mereka.
Tindakan kurang ajar lelaki itu mendapat hencapan netizen dan mereka berharap agar polis segera menangkapnya dan dibawa ke muka pengadilan.
Kredit foto: Twitter
Pihak bertanggungjawab dari Grab sendiri juga memaklumkan bahawa mereka telah membantu siasatan polis bagi menyelesaikan masalah ini dan pemandu itu telahpun digantung dari membawa Grab.
Kredit foto: Twitter
Harap pemandu itu ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya. -CARI |