Kalau beli makanan di luar pasti ada yang sedap dan yang tak berapa nak kena dengan tekak kita. Iyalah, nampak macam sedap di luar tapi balik rumah rasa macam hauk pula.
Sikap peniaga yang tidak jujur kadang-kadang boleh buat hati pembeli berasa tertipu. Sebaiknya sebagai peniaga usahlah menipu dalam berniada sama ada dari segi harga dan ramuan. Perkara itu bukan sahaja membahayakan malah boleh menjejaskan perniagaan sendiri.
Seorang gadis di twitter telah mendedahkan bahawa dia telah membeli sebungkus laksa namun telah menemui benda 'pelik' dalam laksa yang dibelinya. Menurutnya, kuah laksa yang dibeli itu seakan menyerupai kertas dan tidak hancur apabila dijamah. Malah boleh diperah!
Isi laksa tak hancur dan boleh perah
Tak tahu nak report atau tidak..
Lebih mengejutkan, hasil perkongsian gadis tersebut telah mendedahkan memang ada peniaga yang bersikap seperti ini. Makanan yang dijual dicampurkan dengan kotak, surat khabar supaya makanan yang dijual nampak 'banyak' dan menarik.
Memang ada peniaga macam ni..
Baik 'check' betul - betul
'Trick' supaya kuah nampak lebih pekat
Buat laporan dekat KPDNKK!
Dasyat betul kalau perkara ini bernar terjadi. Tergamak betul kalau peniaga sanggup meletakkan bahan terlarang dalam masakan atas dasar ingin mendapatkan keuntungan lebih. Anda ada pengalaman dapat makanan macam ni tak? Kongsikan dengan kami. - CARI
|