|
Hari-hari makan nasi, bosan juga kan? Nak pekena sate pun sedap juga, tapi tekak macam teringin sesuatu yang lain pula.
Apa kata kita cuba resepi ayam pandan yang mudah ini. Resipi Ayam Pandan memang sangat sedap dan sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan segar.
Ihsan : Seismik Makan
Menu ini dipercayai berasal dari Thailand dan biasanya dihidangkan bersama sos pencicah cili Thai. Kalau di restoran, harganya agak mahal kerana bahan yang digunakan agak banyak.
Namun, kita boleh cuba masak sendiri kerana hasilnya lazat tak terperi dan lebih terjamin kebersihannya.
Terdapat pelbagai versi resipi Ayam Pandan tetapi bagi penulis, resipi ini cukup sempurna kerana tidak terlalu kuat bahan rempahnya dan cukup elok apabila digorengkan bersama balutan daun pandan.
Tambahan lagi, tak perlu guna mesin pengisar kerana bahannya hanya perlu didadu dan dicincang halus sahaja. Sedap juga dihidangkan bersama nasi panas. Lagi lama anda perap ayam, lagi sedap rasanya kerana bahan perapan meresap dengan baik ke dalam isi ayam.
Bahan-bahannya adalah:
- Fillet ayam 500g
- Bawang besar 1 biji, didadu
- Halia 1 inci, dicincang halus
- Bawang putih 2 biji, dicincang halus
- Akar daun ketumbar 2 sudu kecil
- Serbuk biji ketumbar 2 sudu kecil
- Gula perang 2 sudu kecil
- Lada sulah 2 sudu kecil
- Sos tiram 2 sudu kecil
- Kicap cair 2 sudu kecil
- Minyak bijan 1 sudu kecil
Cara-caranya:
1. Gaulkan kesemua bahan dan perap seketika. Untuk hasil lebih baik, perap selama 45 minit atau semalaman.
2. Balut ayam dengan daun pandan.
3. Kukus ayam terlebih dahulu selama 10 minit.
4. Goreng ayam yang telah dikukus tadi selama 6 - 8 minit sehingga masak sepenuhnya.
Ayam pandan yang telah siap digoreng tadi kini sedia dimakan dengan sos cili thai atau sos pilihan anda!
Selamat mencuba! - CARI
Kredit resipi: Seismik Makan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|