View: 8248|Reply: 139
|
Kos RM41 sehari. Penjelasan Jabatan Penjara #119
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 21-7-2019 07:06 AM
RM41 sehari kos makan minum banduan
MARANG: RM41 sehari untuk kos makanan seorang banduan di Penjara Marang, di sini.
Jumlah itu mungkin agak tinggi, namun itulah kos makan minum banduan di penjara itu untuk lima kali sehari iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Pegawai Unit Sajian Penjara Marang, Penolong Penguasa Penjara, Suhardi Ali, berkata hidangan makan minum itu disediakan oleh banduan di Unit Sajian Penjara Marang, yang setiap hari memasak bagai untuk kenduri untuk 2,700 banduan di situ.
“Setiap hari kita memerlukan kira-kira 700 kilogram (kg) beras, ikan (560kg) dan ayam (400 kg) diperuntukkan untuk penyediaan masakan yang akan dimasak oleh banduan dan dikawal selia oleh pegawai penjara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kepada Penjara Marang, di sini, semalam oleh Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam) Jabatan Hal Ehwal Agama Teregganu (JHEAT), Mohd Azam Awi.
Penyerahan SPHM kepada Penjara Marang menjadikannya dapur penjara pertama di Semenanjung Malaysia dan kedua selepas Penjara Tawau, Sabah yang mendapat status halal.
Suhardi berkata, banduan yang ditempatkan di Unit Sajian perlu melalui beberapa peringkat sebelum diberi tugasan memasak di unit terbabit dan tidak boleh mempunyai kecacatan fizikal, selain mempunyai tahap kesihatan memuaskan.
“Banduan akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan apabila disahkan oleh pegawai perubatan mereka akan diambil bekerja di Unit Sajian. Selain itu kita juga akan memberi tunjuk ajar yang dibantu seramai 10 anggota.
“Banduan juga akan diberi suntikan ‘typhoid’ selain dikehendaki menjalani kursus penyediaan makanan bagi mendedahkan mereka dengan tatacara keselamatan makanan dan proses kerja di dapur bagi mengelak kes keracunan makanan.
“Sijil Penyediaan Makanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Marang akan diberikan kepada banduan apabila dibebaskan nanti dan sijil terbabit boleh digunakan untuk bekerja seperti di kedai makan atau restoran,” katanya.
Beliau yang sudah empat tahun di unit sajian itu mengakui cabaran besar digalas membabitkan aspek keselamatan kerana terdapatnya barang tajam seperti pisau yang boleh dijadikan senjata.
“Banduan yang ditempatkan di sini menjalani hukuman kerana kes jenayah. Kita tidak tahu latar belakang mereka ketika di luar. Namun sehingga kini semuanya dalam kawalan dan tiada kejadian luar jangkaan berlaku.
“Malah aspek keselamatan sememangnya dititik berat selain kebersihan dan kerjasama. Dari aspek keselamatan, perkakas kerja seperti pisau direkodkan untuk mengelakkan hilang yang boleh dijadikan senjata,” katanya.
Sementara itu, Shah, 39, (bukan nama sebenar) dari Johor Bahru, Johor diberi tanggungjawab sebagai ketua di Unit Sajian Penjara di atas pengalamannya sebelum ini sebagai cef di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru, sebelum dipenjarakan selama dua tahun kerana kesalahan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Katanya, seawal jam 8 pagi dia dan lima lagi banduan di bawah kumpulannya selain 20 lagi banduan lain sudah memulakan persiapan untuk memasak dengan menu akan ditentukan oleh pegawai penjara.
“Memang saya rindukan dunia masakan kerana sebelum masuk ke penjara ini saya bekerja sebagai tukang masak. Kini saya sudah tiga bulan di Unit Sajian dan apabila dibebaskan nanti, saya berharap dapat meneruskan kerjaya dalam bidang ini selain berhasrat untuk membuka kafe sendiri,” katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kasi catu la sikit, bole jimat lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke diorg letak pil perancang utk banduan perempuan? nak jimatkan kos sanitary pad. |
|
|
|
|
|
|
|
marhaein makan kat luar pun berkira2...bajet2..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
macai2 kapir bleh la nginzal thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mkn 5x sehari?patut ramai org nk masuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
rm41 tuk bayar wanji makan tiap hari
harap maideen paryah tu bayarkan sebab kerandut wanji dia yg jaga
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai lg rakyat marhaen mkn kat luar bercatu. ada tu..rela tak mkn..ikat perut dari dok merompak tuk kelangsungan hidup.
tak boleh ke diorg pon bersusah juga dlm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
RM 41 henggit sehari ko... mak aih!!
700 kilogram (kg) beras, ikan (560kg) dan ayam (400 kg) duit sape nih.. tax payer kan!!
|
|
|
|
|
|
|
|
RM 41 henggit sehari ko... mak aih!!
700 kilogram (kg) beras, ikan (560kg) dan ayam (400 kg)
duit sape nih.. tax payer kan!!
|
|
|
|
|
|
|
|
smpai skng die x sbut2 kerandut da
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa menu sampai 41ringgit tu? Macam tak percaya aku |
|
|
|
|
|
|
|
Wow! RM41 tu kalau beli barang basah untuk family iols, boleh tahan 2 hari. Ada 4 orang kat rumah untuk diisi perut |
|
|
|
|
|
|
|
ala mcam tak biasa kalo kerja melibatkan kerjaan mesti ada markup Nye
apa nak kisah nya, kalo potong kos pun nnti duit kerjaan byk nnti munteri2 dan kroni2 rembat jua |
|
|
|
|
|
|
|
mana lagi sumber kalau tak salah satu nya dr tax payer
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah baca ada org komen kat fb, dia suggest yang banduan2 ni digunakan as tikus makmal untuk apa2 experiment.. takdelah bercuti je guna tax kite..
tp kalau pendapat aku, yg kesalahan2 berulang tu boleh la buat camtu.. sbb kalau lepaskan pun menyusahkan org.. |
|
|
|
|
|
|
|
inilah namanya keadilan....
dari hak asasi kemanusiaan.. org dipenjara digemukkan dgn makan 5 kali sehari dgn kos 41 henggit... rakyat marhaen bebas ?
dari sisi lain rakyat marhaen bebas kais pagi makan pagi .. kais petang makan esok..
purata 8 henggit 1 kali makan..
iols yg rakyat marhaen bebas...
>> sarapan 3.50 + makan tgh ari 5.50 [minum air masak bekal sindri] + mkn mlm [ masak sendiri ] kos dlm 7 henggit 1 kepala = 16 henggit jew... <<
kat punjara 41 henggit.. ko hado!
eh aku lupa lagi... derang dlm penjara.. x leh bebas pilih makanan cam rakyat marhaen bole pilih makan mekdi / mekdonel
bole je aku pilih utk sehari mkn 41 henggit... tapi tgh bulan kang dah nganga mkn megi hehhehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa perlu mewah sebegitu untuk orang yang sedang menjalani hukuman kot. Dah macam tengah pergi kursus untuk staff gomen pulok. Makan berkali kali sehari.
3 kali sehari cukuplah.
Patutlah badan banduan pon sedap2 semua. Melantak rupanya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|