|
Dulu badan hero, sekarang semuanya tinggal kenangan bila tubuh Shaheizy Sam nampaknya semakin mengembang.
Gambar-gambar perutnya yang buncit selalu dikongsikan di Instagram dengan kapsyen-kapsyen melucukan.
Isterinya, Syatilla Melvin juga selalu 'bahan' Shaheizy! Memang lawak bila tengok pasangan ini.
Baru-baru ini, Sam ada memuat naik lagi gambar dan kali ini dia tidak berbaju pula.
Kapsyennya, "My dada is pedas!"
Aduh, macam ni pun nak tayang. Tengok di ruangan komen, ramai pula tidak senang.
Geli kata mereka! Lain kali jangan tunjuk badan begitu sebab tidak sesuai untuk tontonan umum.
Sementara itu, ada yang mencadangkan Sam untuk mula berdiet. Dah jadi bapa anak dua bukan alasan untuk tidak menjaga penampilan.
Sesetengah pula berkata, mungkin ini hanya sementara. Bila nak mula shooting filem nanti, mesti Sam akan 'buat' badan semula.
Foto: IG
Sam senang hati sekarang. Isteri cantik, anak-anak comel, sebab itulah asyik makan je agaknya, kan? - CARI
|
|