Dua pelakon tak berapa popular bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.
Norish Karman kata, "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry."
Kencana Dewi pulak kata, "Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki."
Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya Norish Karman kata, "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Kencana Dewi pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.
Norish Karman: "Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?"
Orang Tua: "Kamu fikir aku ada penyakit apa?"
Norish Karman: "Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry."
Orang Tua: "Emm... bukan."
Kencana Dewi: "Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki."
Orang Tua: "un bukan."
Norish Karman: "Habis tu?"
Orang Tua: "Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang."